Friday, October 23, 2015

4 Selendang Pilihan Wanita Moden



Trend hijab semakin mendapat perhatian ramai penggemar fesyen dan sejak akhir-akhir ini kita dapat lihat sendiri selebriti-selebriti terkenal tanah air juga turut mula mengenakan hijab. Nama-nama seperti Neelofa, Erra Fazira, Ziana Zain dan Rozita Che Wan merupakan diantara nama-nama besar industri seni tempatan yang sudah mengenakan hijab dan sering menjadi ikutan para peminat. Bukan sahaja trend pakaian mereka menjadi ikutan ramai, cara pemakaian tudung mereka juga dijadikan inspirasi. Kebanyakkan daripada selebriti-selebriti ini lebih senang bergaya dengan pemakaian koleksi selendang terkini yang amat unik dan kreatif. Dan jika anda juga turut meminati pemakaian selendang daripada jenis tudung yang lain, berikut merupakan 4 selendang pilihan wanita moden masa kini yang boleh anda temui di pasaran;


Instant Shawl
Mula digayakan oleh selebriti cantik Neelofa, kini rekaan instant shawl boleh anda temui dalam pelbagai pilihan menarik dengan harga yang cukup berpatutan.Memang sangat senang nak pakai dan tak payah habiskan banyak masa depan cermin. Sesuai untuk mereka yang on-the-go kan, stylish & easy to wear.


Selendang Hoodie
Satu lagi jenis selendang yang juga digemari oleh ramai selebriti. Rekaan selendang jenis ini amat mudah dipakai dan memberikan penampilan yang cukup ringkas kepada si pemakai. Nampak stylish juga kalau dikenakan oleh orang biasa macam kita, boleh la fefeeling artis sikit.. ^_^

Selendang Satin
Untuk jenis selendang satin pula, ia diperbuat daripada fabrik satin dan ia menjadikan si pemakai tampak elegan. Selendang jenis ini sesuai untuk dipakai ke majlis-majlis yang istimewa. Baru la menyerlah gituuuu..

Selendang Pashmina

Dan selendang ke empat yang menjadi pilihan ramai wanita adalah selendang jenis pashmina. Fabrik untuk selendang ini lebih berat tetapi mudah untuk dibentuk. Juga sangat selesa dipakai sebab material yang lembut untuk kulit.

menarik kan? yang mana satu pilihan anda? ^_^


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin