Mood : mencuba nasib
ok, asalnya aku nak update pasal menda lain, tapi masa jenjalan kat blog orang lain, aku terjatuh kat blog En Fatul yang gay nih yang tengah menganjurkan contest..
tak2, dia bukan gay yang suka lelaki tuh, dia gay yang happy..
kenapa?..
kau tak pecaya?..
cuba kau bukak kamus dwibahasa terbitan dewan bahasa edisi ke 7 muka surat 121..
dia ada tulis dowh, gay tu maksudnya happy..
jumpa tak?..
haaa, kau pecaya aku tak sekarang?
(^^,)
ok, so aku kena la buat entry yang kelakar..
aku bukan lah seorang yang kelakar sangat..
betul, aku tak tipu..
tanya adik bradik aku, memang aku tak kelakar..
aku seorang yang pemalu dan pendiam..
bunuh nyamuk yang hinggap kat pipi pun tak mati..
pijak semut dengan kasut saiz 10 pun tak mati..
ok, yang nih aku tipu..
aku saiz 7 ja..
hohoho..
aku nak kongsi satu cerita benar yang terjadi kat aku pada zaman batu dohulu..
-------------------------------
umur aku masa tuh 12 tahun, nak masuk 13..
akhir tahun 2000..
aku nak masuk sekolah agama, so kena la di temuduga..
ya, dulu aku memang berazam nak jadi budak baik..
berhempas pulas sambil cuba membunuh kutu di rambut..
baik tak aku?..
so aku pegi la temuduga tu..
cot cet cot cet, bla bla bla kemudian, aku dapat surat tawaran dari sekolah tu..
perghh, memang seronok gila dowh!
gila pun tak seronok macam aku..
aku menari2 macam beruk bila surat tu ada dalam tangan..
kau nampak tak kegembiraan aku nak masuk sekolah agama nih?..
sangat innocent dan virgin kan aku?..
tsk..
aku pun dengan bahagianya bukak sampul surat tu dan baca isi kandungannya..
"sukacitanya dimaklumkan bahawa anda telah terpilih untuk menjadi pelajar di Sekolah Menengah Agama Nadhah Hasanah.. sila daftar pada sekian tarikh pada sekian masa.."
wohooo, aku terpilih weih!!
ok, aku sambung menari macam beruk sambil garu-garu ketiak..
"bersama surat ini disertakan undang2 asrama dan undang2 sekolah yang mesti dipatuhi oleh setiap pelajar.."
aku bukak la lampiran undang2..
perghhhhhh, sumpah tak boleh blah!!
UNDANG-UNDANG ASRAMA PUTERA
aku diterima masuk sekolah nih, kena duduk kat asrama putera..
kena kongsi katil dengan lelaki..
tukar baju depan lelaki..
tak boleh pakai coli dah dan kena leperkan dada..
kena belajar pakai boxer dan jalan macam samseng..
kena belajar ngorat awek2 cun..
kenapa?..
sebab dia salah letak nama aku..
Khairun Najmi bin Kamisan
BIN WEIHHHH!!!
TTTT____________TTTT
itu lah padahnya kalau nama kau bunyi macam lelaki..
sapa yang harus disalahkan?..
tak2, bukan mak bapak aku, aku sayangkan diaorang dowh..
*ayat bodek mintak mak aku belanja secret recipe*
mula2 aku memang tak suka dengan nama aku..
"Najmie? tu bukan nama laki ka?"
"nama awak Najmie?.. tipu lah.. tu nama pakwe awak kan?"
"dipersilakan SAUDARA Najmie untuk naik ke pentas.."
kejadian masa aku belajar Diploma dulu..
(-__-"
tapi lama2 aku dah suka..
sebab tak ramai perempuan nama Najmie dowh, so aku unik!!
hohoho..
dan lagi satu..
sebab dapat cium awek2 cun..
lagi2 time couple yang tengah begaduh..
perghh, masyuk~~
pakwe Siti = "ayg keluar tengok wayang dengan sapa tadi sampai off phone?"
Siti = "dengan boyfriend baru.."
"hah??! kita baru gaduh tak sampai sehari, ayg dah ada pengganti b?! siapa jantan keparat tuh?!"
"hey, sukahati saya lah nak kawan dengan sesapa pun, apa awak kisah??! nama dia NAJMIE! dia lagi hensem dan baik dari awak!"
pastu mesti aku interrupt perbualan diaorang dengan ciuman di pipi Siti..
muahahaha!!~~
"awww, Najmie kiss pipi saya.. comelnya dia nih.."
"WTF???!!!!"
ok, tak lawak..
sebab aku tak comel pun..
pandai2 ja Siti nih..
cium lagi kang..
(-___-"
kau mesti nak jadi macam aku kan?
so nanti anak2 kau orang, bagi nama unisex macam nama aku..
tak pun macam nama fatul..
XD XD XD
--------------------------
ok, aku dah baca balik entri nih..
kenapa macam tak kelakar??
oh lupa, kan awal2 tadi aku kata aku tak kelakar..
tak pon gelak guleng2 dari ruang tamu hingga ke dapur sebab nama anda semua kaler pink dan sangat macho....
pastu bagi aku menang adiah best2..
sekian~~
(^^,)
.
.
.
.
.
.
.
bintang bersinar~~
24 comments:
terima kasih.. please send your full name, url and mailing address to this email,
apekesni@gmail.com
ahaa
ada contest?
hehe
nak join2
i read your story
xtaw nk gelak ke xnk gelak
dilemma la
ahahahaahaha
bleh plak cm2!
=)
hhhaha abes tu leh ke x masuk sekola agama tu? sedap gak name khairun najmi..
Fatul Akrul Ramli..
did I win?.. (^^,)
joegrimjow..
join2! tak susah mana pun dowh.. huhu..
Judiene..
hahahaha, gelak ja.. menda dah lepas dah pun.. =P
nur hidayah isa..
hahaha.. tak masuk pon.. bahaya ah tido asrama putera.. nnt kena rogol.. ngahaha.. =P
oh, nama sy sedap?.. terima kasih! nnt sy cium pipi kamo ya.. haha.. (^^,)
welcome to my humble blog~~ do come again!
hoo bin rupanya hahaha
Lolz, I remember that.
Sucks about the name mistake
but were you really excited about getting into meleleh?
I thought you weren't
name adek sedare ku pun najmie.tp bin arham.hehe name yg best la.i loike bebeh
senyum dlm hati...
gelak tanpa sebarang bunyi
but, u really made my day with this funny story :D
alaaahaaai, kesian nyaaa.
LOL. sengal gila the school management! ahahaha.
Firol..
mana ada bin.. wuwuwuw~~ T__T
feshnie..
it's MELELE, not meleleh.. haishhhhh~~
entah, i don't remember weather i was excited or not.. hoho..
rathiqah azmira rosli..
hahaha, Najmie yg lelaki.. ada Najmie yg perempuan tak?.. (^^,)
thanks bebeh!
abg ejay..
laugh all u want, it's still a true story.. hohoho..
Merissa K..
tulah pasal.. last2 tak masuk pun skolah tu.. hahaha..
ta tau nak gelak ke tak..hehe.. ;)
cik purple..
gelak ja, saya sudah terima kenyataan ini.. hehehe..
btw, welcome to my humble blog.. (^^,)
yay
ade gambar suju
i loikeeee~
weeee
koPi kEpaLe beRapi..
haha.. yeah, they're HOT!! XD XD
welcome to my humble blog.. do come again! (^^,)
haha...boleh begolex-golex bace cite ni, best gak ek name yang unik ni..hehe. banyak jugak cobaan n cabaran kene lalu dengan name yang tersanagt unik ;)
wan2911..
lawak ek?.. hehehe, thanks.. yeap, seronok memiliki nama yg unik.. tersa diri betul2 unik.. hehehe..
Post a Comment