Monday, November 9, 2009

kau rasa malu tak?..

Mood : innocence


tengok lah keadaan sekeliling..
banyak sebab kita perlu rasa malu sekarang nih..
generasi ke arah kegelapan sekiranya kita tidak berubah sekarang..
Islam yang memalukan agama dan diri sendiri..

-----------------------

kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi pakai pakaian tak cukup kain?..
untuk perempuan, baju lengan pendek, sleeveless, mini skirt, legging yg menunjukkan susuk tubuh..
untuk lelaki, seluar pendek atas lutut, boxer, etc..
kain semakin mahal, atau manusia semakin miskin?..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi minum arak?..
bangga memegang minuman syaitan di tangan, dipaparkan untuk tontonan umum di Facebook, MySpace, Friendster, etc..
sekadar bergambar katanya, tetapi sedarkah kau perbuatan itu menimbulkan fitnah?..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi mengamalkan seks rambang?..
jangan berfikiran kolot katanya, ini trend zaman sekarang..
tapi sedarkah kau akan dosa-dosa yang kau dan ibu bapa kau tanggung untuk perbuatan kau itu?..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi pegi clubbing?..
terkinja-kinja di pentas tarian, memakai pakaian yang entah apa-apa?
berfoya-foya dengan melakukan benda yang melalaikan..
sedarlah wahai manusia, dunia kian dekat dengan kiamat..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi melakukan hubungan sejenis?..
bangga dengan title gay/les, menontonkan kepada umum keghairahan mereka di laman sosial..
mahu tunggu bencana datang dari Allah SWT, baru ingin bertaubat?..
insaflah wahai manusia!..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi kejap pakai tudung, kejap tidak?..
rambut tetap merupakan aurat, wajib untuk dilindungi setiap masa, tidak kira secara live atau sekadar di dalam gambar..
jangan hanya pakai tudung, tapi kain yang jarang dan tidak menutupi apa-apa..
sedarlah wahai insan, neraka lebih banyak dihuni oleh wanita yang tidak menitik beratkan penjagaan aurat..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi bersentuhan dengan lelaki/perempuan bukan muhrim tanpa segan silu di khalayak ramai?..
sekadar bermanja katanya, tidak melakukan apa-apa diluar batasan, tapi sedarkah kau tanggapan buruk penganut agama lain terhadap Islam berdasarkan tindakan kau?..
dosa-dosa kau?..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi tindik telinga(golongan lelaki)?..
sedarkah kau kesalahan bertindik untuk lelaki di dalam Islam?..


kau rasa malu tak sekarang?..


------------------------

ini baru sedikit..
sedarlah wahai umat Islam sekalian, hidup hanya sementara..
akhirat itu yang pasti..


sekadar ingatan, kepada diri sendiri dan kepada semua..
jadikan ia sebagai pengajaran kepada kita..
ya, manusia tiada yang sempurna, pernah melakukan kesilapan..
tapi kita perlu sedar akan kesilapan itu dan menuju ke jalan yang benar..


there is no such thing as a bad religion, only bad followers..
.
.
.
.
.
.
.
shining star~~

18 comments:

Naozu said...

terasa aku.. malu gak.. ahaksss!~ mayb thats my weakness.. =)

imHepPie said...

walopon aku x buat tpi aku malu gk mesti kaum lain kutuk kaw2 punya

Mak Jemah said...

walaupun saya tidak tersenarai tapi saya tetap bertaubat dan menadah tangan ke hadrat ilahi seepas membaca entri ini..hukhuk

Hamira said...

akak. en3 kali nie best!

renung untuk diri sendiri ~~~

joegrimjow said...

ramai org tahu tapi buat2 xtahu

Firol said...

entri macam ni bagus ni..hahaha kena cantas...harap sape yang terasa tu..paham2 jelah...peringatan bersama

teruskan usaha dakwah ni

EJAY said...

malu sahaja tidak memadai...

apan lee said...

itu lah dunia sekarang ni.huhu. T.T

Just_najmiE said...

ichiban | いちばん..

yang mana yg u terasa?.. huhu..

Just_najmiE said...

imHepPie..

bagus la ko tak buat.. jgn terfikir nak buat plak lepas nih.. huhuh..

Just_najmiE said...

miss oren..

alhamdulillah... (^^,)

Just_najmiE said...

Hamira..

hehehe, thanks!.. (^^,) renungan bersama k..

Just_najmiE said...

joegrimjow..

tu lah.. takpa la, asalkan kita tahu kan?..

Just_najmiE said...

Firol..

terima kasih.. (^^,)

Just_najmiE said...

abg ejay..

sekurang-kurangnya sebagai permulaan..

Just_najmiE said...

arque..

sedih kan?..

arekymz said...

malu..malu dan malu..

dan satu lagi..

"kau malu x mengate pasal ibadat org laen sedangkan diri sendiri xbuat.."

itu adelah salah seorang my housemate.

Just_najmiE said...

arekymz membuyau..

that's true.. tp kita still boleh tegur menegur org kan?.. thanks for sharing.. (^^,)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin