Trend hijab semakin mendapat
perhatian ramai penggemar fesyen dan sejak akhir-akhir ini kita dapat lihat
sendiri selebriti-selebriti terkenal tanah air juga turut mula mengenakan
hijab. Nama-nama seperti Neelofa, Erra Fazira, Ziana Zain dan Rozita Che Wan
merupakan diantara nama-nama besar industri seni tempatan yang sudah mengenakan
hijab dan sering menjadi ikutan para peminat. Bukan sahaja trend pakaian mereka
menjadi ikutan ramai, cara pemakaian tudung mereka juga dijadikan inspirasi.
Kebanyakkan daripada selebriti-selebriti ini lebih senang bergaya dengan
pemakaian koleksi selendang terkini yang
amat unik dan kreatif. Dan jika anda juga turut meminati pemakaian selendang
daripada jenis tudung yang lain, berikut merupakan 4 selendang pilihan wanita
moden masa kini yang boleh anda temui di pasaran;
Instant Shawl
Mula digayakan oleh selebriti cantik
Neelofa, kini rekaan instant shawl boleh anda temui dalam pelbagai pilihan
menarik dengan harga yang cukup berpatutan.Memang sangat senang nak pakai dan tak payah habiskan banyak masa depan cermin. Sesuai untuk mereka yang on-the-go kan, stylish & easy to wear.
Selendang Hoodie
Satu lagi jenis selendang yang juga
digemari oleh ramai selebriti. Rekaan selendang jenis ini amat mudah dipakai
dan memberikan penampilan yang cukup ringkas kepada si pemakai. Nampak stylish juga kalau dikenakan oleh orang biasa macam kita, boleh la fefeeling artis sikit.. ^_^
Selendang Satin
Untuk jenis selendang satin pula, ia
diperbuat daripada fabrik satin dan ia menjadikan si pemakai tampak elegan.
Selendang jenis ini sesuai untuk dipakai ke majlis-majlis yang istimewa. Baru la menyerlah gituuuu..
Selendang Pashmina
Dan selendang ke empat yang menjadi
pilihan ramai wanita adalah selendang jenis pashmina. Fabrik untuk selendang
ini lebih berat tetapi mudah untuk dibentuk. Juga sangat selesa dipakai sebab material yang lembut untuk kulit.
menarik kan? yang mana satu pilihan anda? ^_^