Saturday, June 22, 2013

cik atau puan atau cikpuan?




kringgg! *bunyi telefon bimbit*

aku          : Hello, assalamualaikum..
orang A  : W'salam.. boleh saya bercakap dengan cik Khairun Najmi?
aku          : Ya, saya bercakap.
orang A  : oh cik.. cik atau puan ya?
aku         : errr, puan.. *deng, jantan sangat eh suara aku?*
orang A : oh, puan.. *aku boleh dengar senyuman dia* saya XXX dari Universiti YYY, ingin bertanya tentang EMNE 2013.. bla bla bla~ (ini semua tentang kerja, anda anda tak perlu tahu)

ingin di highlightkan di sini, iya, diriku sudah menjadi Puan.. sudah selamat 4 bulan bergelar isteri (alhamdulillah) namun aku masih lagi kekok dengan panggilan PUAN itu, atau Madam dalam bahasa omputih.. bukan taknak sedar diri, tapi rasa pelik.. hahahaha.. muka macam budak2, perangai tak payah cakap la, memang macam budak2 pun sampai suami sendiri panggil isteri dia teletubbies.. -__-'' jadi perasaan kekok dengan gelaran Puan itu mungkin akan terus ada dalam diri, selagi diri belum bergelar ibu, mungkin? hahaha.. aku ingat lagi masa aku bagi talk di TOT UniKL bulan lepas, student yang jadi MC tu aku kenal, sebab aku handle training leadership dia masa di Port Dickson dulu (note, aku keja sebagai Program Executive jadi memang akan handle banyak program dan bergaul dengan ramai orang yang muda macam aku.. eh, muda sket dari aku, sket ja.. heh..) pastu student tu tanya aku dalam bahasa omputih, "should I call you Madam Najmi or Kak Najmi?" terus aku jadi defensive, "uish, jangan nak mengada panggil Madam, panggil kak najmi sudahhhhh... pelik nau nak panggil Madam Madam nih.. hohoho.."

tapi sebenarnya, bagus budak2 nih.. diaorang dapat didikan yang betul.. macam mana kenal rapat pun kita dengan orang yang lebih tua atau berkedudukan, perkara pertama kita kena buat dalam majlis formal adalah dengan membahasakan diri kita dan dia dengan formal sebagai tanda hormat.. selagi orang tu tak cakap, "eh apa ber-encik2 nih, panggil Hisham ja.." kita tak boleh assume yang dia boleh terus terima panggilan informal.. contohnya, aku selalu jugak la deal dengan Faculty Advisors Enactus teams dan memang akan straight away panggil dia Miss, Madam, Sir atau Dr. bila bercakap dengan FA.. nak dijadikan cerita, aku sembang dengan FA dari Asia Pacific University, aku panggil dia Madam Nadiah.. sembang punya sembang, aku sentiasa bahasakan diri dia Madam.. tuptup dia kata, "eh, jangan bermadam2 sangat la, panggil I Nadiah je.." oh, species sama dengan aku rupanya.. hahaha.. tapi selagi dia tak cakap macam tu, aku akan terus panggil dia Madam.. so pengajarannya di sini, ingat, selagi tidak mendapat kebenaran orang tersebut, teruskan dengan panggilan formal itu.. kalau rasa kekok sangat nak panggil dia secara formal, terus tanya dia, "is it okay if I call you John or do you prefer me to call you YB Brad Pitt?" okeh, habis pelajaran kita pada hari ini.. hahaha

salah satu perkara menarik adalah apabila pegi bagi talk dan ada orang cam aku sebab dia baca blog aku nih, kiranya dia blog reader lah.. pergh, itu memang terbaik! hahaha.. kepada blog reader tersebut, I owe you a "before & after" blog post.. will do it soon, insyaAllah.. ;)

ini aktiviti fevret aku, superman fall kegemaranku.. haha

semoga perkahwinan & percintaan kami suami isteri kekal hingga akhirat.. aminnn.. :)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin