Showing posts with label malay. Show all posts
Showing posts with label malay. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014

nak sihat sekarang atau sihat nanti?

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Extravaganza! 

Pernah tak korang alami situasi macam kat bawah nih?

A: "laa, kau tak nak makan ke kek coklat moist aku buat nih?"
B : "tak nak lah, manis.."
A: "ala, sikit ja nih, tak payah la nak diet2 sangat weih.. baik kau makan je apa kau nak masa muda2 nih, nanti dah tua kau dah tak boleh rasa nikmat makan sebab banyak penyakit.. makan ja, kita muda lagi.."

umur 25 tahun dah disahkan kencing manis.. umur baru 25 tahun dah ada masalah darah tinggi.. umur 25 tahun dah obese.. salah siapa? sila tunding jari kat diri sendiri.. we control what we put in our mouth..

 

that's why you need Herbalife.. dugaan makanan tak sihat sangat tinggi sebab sedap, betul? that's why anda patut tukar makanan biasa anda yang tinggi kalori, tinggi lemak, tinggi gula, tinggi karbohidrat dengan Herbalife Formula 1 makanan nutrisi untuk badan anda.. dah la sedap, tinggi vitamin dan mineral yang cukup untuk badan macam makan 7 warna sayur n 7 warna buah, dan kandungan kalori yang sangat rendah membolehkan anda kurus dengan pengambilan yang konsisten.. bukan takat kurus, tapi sihat.. 


no, Herbalife bukan ubat kurus.. no, Herbalife bukan supplement ajaib.. no, Herbalife bukan baseless miracle product, our nutritionist board banyak buat kajian untuk menghasilkan product yang over the top punya kualiti.. Herbalife is good nutritious food for your body.. secara logiknya, bila kita makan makanan berkhasiat, kita akan sihat, betul kan? bila kecik2 dulu mak ayah kita mesti ingatkan kita untuk makan sayur sampai abes, betul kan? kenapa? sebab sayur makanan sihat and that is what Herbalife is, MAKANAN SIHAT.. sebab tu core products Herbalife tak dak dosage, sebab dia makanan, bukan supplement.. kalau supplement memang tak boleh ambil lebih dari arahan makanan dia contohnya 3 kapsul satu hari (yes Herbalife ada jugak supplements but we are talking about CORE product ye sekarang nih, jangan keliru okeh?) the more you take the core products (formula 1 nutritious shake, aloe concentrate, tea mix, formula 3 whey protein) the better and faster your results will be.. kenapa? sebab dia MAKANAN SIHAT untuk tubuh badan anda, high vitamins, high minerals, LOW CALORIES.. semakin banyak makanan sihat masuk tubuh badan, anda akan semakin sihat dan bertenaga, simple kan konsep dia? ;)





be in control of your life now and your life in the future.. start eating healthy now..
start your Herbalife program today 
and let me coach you.. 
Contact me 012-500 2776 NOW!!..
 

Sunday, January 26, 2014

moving forward in life


Assalamualaikum w.b.t. dan salam Extravaganza!

hehe, for those who don't know, I am now an Independent Herbalife Distributor and been consuming Herbalife for 3 months now.. macam kelakar pulak bila pikir, 3 tahun lepas ada orang approach aku with Herbalife, nak timbang berat, free je.. masa tu fikir, well, timbang free kot, might as well la kan? orang Malaysia memang suka benda free pun so I gave it a chance.. naik penimbang and I found out 6 things about my body.. paling ketara for me at that time, was my body age.. I was 21 years old but my body age was 28 years old.. I thought, ok la kan, tak tua mana pun.. hehe.. rasanya my fat percentage pun tinggi time tu tapi aku tak ingat plak brapa tapi orang yang promote Herbalife citer la kat aku keburukan lemak dalam badan nih.. 1kg fat lebih teruk dari 1kg muscle and blablabla lain yang aku tak ambek pot.. haha.. dia citer pasal Herbalife products kat aku but I thought, hey, aku baru 21 tahun kot, boleh ja kurus dengan exercise.. so aku tolak orang tu, aku cakap takpa la, I don't need this product..

bolat bolat dan bolat..

masa aku timbang dengan orang tu, I was 62KG, tinggi 163cm.. BMI memang normal kiranya ideal weight dah walaupun kat hujung sikit lagi nak overweight, tapi badan besarrr, area perut paling takbleh blah.. haha.. taknak terima hakikat and I wanted to change.. how? exercise and Atkins Diet.. ceritanya my mum went for a routine check-up at UUM's clinic and the doctor said that her cholesterol and blood pressure level was rising and the only way to reduce it is to lose weight.. hence the Doc recommended the Atkins Diet, 2 weeks of protein intake and exercise.. as support to my mum (and sebab diri sendiri nak kurus jugak hewhewhew) I joined her in her mission to lose weight..  

memang gila2, tiap petang lepas kelas pegi jogging and gym, one of the perks of being a student sebab semua facilities kat universiti semua dah lengkap, tinggal you nak guna atau tak ja.. hehe.. so pegi la stadium comel UUM tu, jogging kat track pastu lepas 1 jam masuk gym plak then kluar jogging track lagi sekali.. nampak tak dedikasi aku kat situ? hahaha.. makan pun semua eat clean, carbs is a NO NO.. langsung tak makan nasi, either ayam atau ikan sahaja yang rebus, stim atau bakar, minum air seriously banyak sangat2 sebab selalu dahaga ja, protein kan? after 2 weeks of Atkins diet, baru la start makan nasi balik sebab badan kita masih perlukan carbohidrat jugak ye kawan2.. hehe

so 2 months of the exercise & diet, I lost weight, from 62kg to 57kg.. kau tak payah cakap la pasal shaping bagai, aku penah merasa semua tu.. aku kurus, aku slim, aku cantik siap penah model jugak kadang2 bila free.. haaa, prasan sampai macamtu la.. haha.. my peak health was when I was 57kg.. sihat dan langsing perut flat, that was me and I achieved that before this with dedication and commitment through exercise & control what I ate.. so kenapa aku nak makan Herbalife pulak kan?
hasil exercise & Atkins Diet, smart kan? haha

selit jap gambar model.. hahaha

sebab lepas aku berangkat keluar (cewah) dari kehidupan universiti dan pegi ke Kuala Lumpur untuk latihan industri (read Internship) aku dah takdak masa untuk exercise dan jaga makan.. pukul 7 pagi dah keluar rumah pukul 8 malam baru sampai umah, kadang2 tak breakfast langsung tekejar-kejar naik LRT pegi office sebab takut lambat and kena denda.. hidup yang stressful jadi makanan adalah kryptonite aku, kelemahan aku la.. snacking macam2, craving macam2 so berat badan pun naik balik 61kg.. tapi time nih aku dah tunang dah dengan my best friend so aku memang nak kurus for my wedding day.. nak kurus tanpa perlu penat lelah berpeluh macam sebelum nih so aku ambek macam2 ubat kurus.. masa nih jugak kulit muka aku jadi teruk, macam alergik or something, terukkkk sangat.. malu gila, time tu low esteem sangat2 pakai make up nalaa tebal..

I have tried almost 5 different weight loss pills and drinks yang masing2 claim boleh lose 5-8kg a month dengan "selamat", "tanpa perlu berlapar", "tanpa perlu bersenam".. hoii, sapa tak tertarik kan? so aku beli la semua produk2 nih, nak cuba.. semua produk aku ambek tak lebih 2 bulan.. kenapa? sebab aku tak suka side effect dia.. ada satu ubat tu aku guna, yes, memang aku lose 4kg a month tapi ya Allah, tiap2 hari aku cirit keluar darah.. sakit weih.. makan tu selalu sakit kepala and no energy, tak ada nafsu nak makan langsung so I only drink water.. I was depressed.. tak sanggup aku continue ambek produk tu, biarlah gemuk balik naik 4kg tu balik pun, aku tak sanggup mati sebab produk murah macam tu.. sekali betul keluar paper, ubat tu ada sejenis chemical dalam dia yang bila masuk badan akan jadi racun, so aku terus taknak beli dah.. takut weih! another produk aku cuba, nih kena minum pulak.. 1 hari 1 sachet.. yekkk, rasa dia memang seriously tak boleh belahhhh! macam kau minum rumput, kalau aku nak minum aku picit hidung tahan nafas sebab taknak bau.. pikir nak kurus nak kurus lawan lawan lawan dari muntah.. yes I lost 4kg again but I was not happy.. tak sedap kot so I stop consuming it.. why take something that I don't like and enjoy?

nampak tak kebulatan aku? haha

In the end aku kawen dengan berat badan 61kg dan pakai baju nikah & kawen yang hampir2 tak muat sebab mokmok besar ketepi.. hehe.. sebelum kawen tu buat deal dengan hubby, "kalau awak nampak saya dah gemuk aku tegur tau, push saya suruh exercise.. saya taknak gemuk.." tapi lepas kawen, bila dia tegur, aku merajuk mencebik kalah baby tak dapat ais krim.. hahaha.. pompuan mana suka bila orang cakap dia gemuk kan? :D so my husband dah tak tegur dah, malas nak layan isteri merajuk.. so kami sama2 mengembang bersama, aku dari 61kg awal perkahwinan dan 8 bulan kemudian 69.5kg, THE HEAVIEST I have ever been in my life! gila camana tak gemuk weih, lepas kerja pukul 9 baru nak masak, pukul 10 mlm baru nak makan nasi goreng, spegeti la, megi goreng la, nugget & fries la, burger la, camana tak gemuk? hahaha.. bahagia terlebih.. :P

I finally have had it because after my trip to Cancun, Mexico in October 2013, I gained 3 kilo in 7 days, giloss! aku dah tak larat gemuk, susah gerak, baju semua sendat macam nangka busuk, seluar jeans dah tak muat dah, muka dah bulat, semput bila panjat tangga, malas nak gerak n senang nak marah orang.. hahaha, ambek kau, semua list before aku.. :D so aku contact la member satu sekolah aku dulu yang aku tau buat Herbalife nih.. kenapa aku choose nak cuba Herbalife pulak?

haaa, sebabnya aku tengok kawan aku la nih.. dia dah guna produk hampir setahun dah time tu and aku selalu follow FB dia, tengok update2 dia.. dia selalu pegi event, jumpa orang, always positive and I saw from her that the product works.. so aku pikir, at least try Herbalife nih walaupun pada zahirnya aku rasa Herbalife is overrated.. haha.. honestly aku penah cakap kat orang dulu, Herbalife nih mahal ja lebih, entah2 tak berkesan pun.. but 3 months of using the products and getting the awesome results for myself, Herbalife is soooo affordable and so beneficial!

I lost 6.5kg in 2 months, improved my skin problem, improve my stamina, I am more energetic, my knee problem has vanished, bonus I have reshaped a whole lot better in as little as 3 months.. hehe.. awesome ka awesome? :D

this is me now, the far right pic.. aku tak penah tahu dagu aku leh runcing macam nih... hehe

my skin improvement..

kenapa aku cakap Herbalife nih affordable gila? sebabnya, bila kita consume the products we don't have to think about going out to eat anything else.. I mean, sebelum nih breakfast aku makan nasi lemak 1 bungkus n teh tarik atau teh o ais limau which is about RM4.. tu pun tak kenyang, ambek lagi 3 ketul kuih, 1 ketul 50 sen so for breakfast dah spend RM5.50 tapi tak kenyang lama pun.. 2 jam lepas tu dah lapar n nak kunyahhhh ja rasanya.. but with Herbalife, you replace your usual meal tu with the nutritious shake that has 55 vitamin & minerals, all the fibre, protein and is only 90-250 calories.. kalau nasi lemak sebelum nih easily 700 calories tau.. and and and and the best part is, 1 glass of shake is only RM5.70 and kenyang dia tahan 3-4 jam! mahal 20sen from previous breakfast aku tapi ini tak menggemukkan, sihat, dan ya Allah, sedappp sangat! aku tak tau camana nak cakap, shake nih sedap sangat2 sampai aku rasa macam nak shake ja selalu taknak makan nasi, boleh? hahaha.. kau suka perisa apa, ada 5 perisa sedap sedap belaka.. dutch chocolate, strawberry, tropical fruit, french vanilla and cappuccino.. kalau takdak blender n campak masuk shaker cup n air kosong pun still sedappp.. hehe..

a big special thanks to my sponsor for being an awesome coach, my ex schoolmate, Sarah for teaching me the proper way to eat the products.. selalu follow up, selalu layan semua soalan aku baik soalan pandai atau soalan bodoh, selalu ajak aku pegi events walaupun aku asyik tolak ja tapi last2 pegi and terus interested to do business, push me to qualify for Spectacular event early this month.. haha.. kelakar ja pikir balik, from a skeptical person to a fanatic.. alhamdulillah, Allah bukak hati aku untuk cuba produk best nih.. :)
thanks my dear coach! ^_^

so what about you? do you have the same problems like I did? or maybe skin problems like Sarah? it is NEVER too late to consume Herbalife, don't delay your health much longer.. nak enjoy makanan untuk 3-4 tahun lagi then masuk hospital sebab penyakit banyak, atau nak jaga kesihatan sekarang dan enjoy makanan walaupun dah 50-60 tahun? hehe.. 

being FAT is your choice.. being FIT is also your choice.. :)
start your weight loss or weight gain program now, let me help you.. ask me how now!
012-500 2776

Saturday, June 22, 2013

cik atau puan atau cikpuan?




kringgg! *bunyi telefon bimbit*

aku          : Hello, assalamualaikum..
orang A  : W'salam.. boleh saya bercakap dengan cik Khairun Najmi?
aku          : Ya, saya bercakap.
orang A  : oh cik.. cik atau puan ya?
aku         : errr, puan.. *deng, jantan sangat eh suara aku?*
orang A : oh, puan.. *aku boleh dengar senyuman dia* saya XXX dari Universiti YYY, ingin bertanya tentang EMNE 2013.. bla bla bla~ (ini semua tentang kerja, anda anda tak perlu tahu)

ingin di highlightkan di sini, iya, diriku sudah menjadi Puan.. sudah selamat 4 bulan bergelar isteri (alhamdulillah) namun aku masih lagi kekok dengan panggilan PUAN itu, atau Madam dalam bahasa omputih.. bukan taknak sedar diri, tapi rasa pelik.. hahahaha.. muka macam budak2, perangai tak payah cakap la, memang macam budak2 pun sampai suami sendiri panggil isteri dia teletubbies.. -__-'' jadi perasaan kekok dengan gelaran Puan itu mungkin akan terus ada dalam diri, selagi diri belum bergelar ibu, mungkin? hahaha.. aku ingat lagi masa aku bagi talk di TOT UniKL bulan lepas, student yang jadi MC tu aku kenal, sebab aku handle training leadership dia masa di Port Dickson dulu (note, aku keja sebagai Program Executive jadi memang akan handle banyak program dan bergaul dengan ramai orang yang muda macam aku.. eh, muda sket dari aku, sket ja.. heh..) pastu student tu tanya aku dalam bahasa omputih, "should I call you Madam Najmi or Kak Najmi?" terus aku jadi defensive, "uish, jangan nak mengada panggil Madam, panggil kak najmi sudahhhhh... pelik nau nak panggil Madam Madam nih.. hohoho.."

tapi sebenarnya, bagus budak2 nih.. diaorang dapat didikan yang betul.. macam mana kenal rapat pun kita dengan orang yang lebih tua atau berkedudukan, perkara pertama kita kena buat dalam majlis formal adalah dengan membahasakan diri kita dan dia dengan formal sebagai tanda hormat.. selagi orang tu tak cakap, "eh apa ber-encik2 nih, panggil Hisham ja.." kita tak boleh assume yang dia boleh terus terima panggilan informal.. contohnya, aku selalu jugak la deal dengan Faculty Advisors Enactus teams dan memang akan straight away panggil dia Miss, Madam, Sir atau Dr. bila bercakap dengan FA.. nak dijadikan cerita, aku sembang dengan FA dari Asia Pacific University, aku panggil dia Madam Nadiah.. sembang punya sembang, aku sentiasa bahasakan diri dia Madam.. tuptup dia kata, "eh, jangan bermadam2 sangat la, panggil I Nadiah je.." oh, species sama dengan aku rupanya.. hahaha.. tapi selagi dia tak cakap macam tu, aku akan terus panggil dia Madam.. so pengajarannya di sini, ingat, selagi tidak mendapat kebenaran orang tersebut, teruskan dengan panggilan formal itu.. kalau rasa kekok sangat nak panggil dia secara formal, terus tanya dia, "is it okay if I call you John or do you prefer me to call you YB Brad Pitt?" okeh, habis pelajaran kita pada hari ini.. hahaha

salah satu perkara menarik adalah apabila pegi bagi talk dan ada orang cam aku sebab dia baca blog aku nih, kiranya dia blog reader lah.. pergh, itu memang terbaik! hahaha.. kepada blog reader tersebut, I owe you a "before & after" blog post.. will do it soon, insyaAllah.. ;)

ini aktiviti fevret aku, superman fall kegemaranku.. haha

semoga perkahwinan & percintaan kami suami isteri kekal hingga akhirat.. aminnn.. :)

Thursday, March 28, 2013

teguran pedas dari budak kecil



kejadian di surau shopping mall One Utama..

ada seorang wanita Muslim masuk untuk menunaikan solat maghrib.. dia berpakaian seksi, baju ketat lengen pendek dan tidak bertudung.. masuk ja dalam surau, dia meletakkan beg dan mengambil wudhu'.. ada seorang ibu yang juga masuk untuk menunaikan solat membawa anaknya, umur dalam lingkungan 5 - 6 tahun.. anak kecil itu memandang wanita seksi itu tanpa jemu, dari dia memakai telekung hingga dia selesai solat dan lipat kain telekung tersebut untuk di simpan dalam begnya.. sedang wanita seksi itu memakai make up di cermin surau, anak kecil yang memerhatikan wanita itu sejak tadi, berpaling dan bertanya kepada ibunya.

Anak : ibu, kenapa akak tu tak pakai tudung? bukan orang Islam kena pakai tudung untuk tutup aurat ka? (wanita seksi itu mendengar soalan anak itu tetapi tak menghiraukannya)
Ibu  : *senyum* cuba tanya akak tu tengok
Anak : akakkkkkk, kenapa akak tak pakai tudung?
Wanita seksi : sebab itu pilihan akak.. walau akak tak pakai tudung, tapi akak sembahyang.. Tuhan Maha Mengetahui, Dia tahu akak orang baik.. (jawab sambil tahan marah)
Anak : oooo.. kenapa akak pakai telekung masa akak solat?
Wanita seksi : sebab wajib tutup aurat masa solat, klau tak, solat tak sah..
Anak : oooo.. kenapa akak solat?
Wanita seksi : hmph, sebab solat tu kan wajib.. kalau tak buat, dosa! masuk neraka nanti.. *sambil jawab sambil pakai eye liner*
Anak : *terdiam seketika* tapi kak, menutup aurat tu pun wajib.. kalau tak buat, berdosa, masuk neraka jugak.. kenapa akak kumpul pahala dengan solat tapi lepas tu tambah dosa dengan tak tutup aurat? *muka budak nih, penuh keinginan untuk tahu.. soalan yang ikhlas dari hati*

ketika itu, semua mata dalam surau tertumpu pada wanita seksi tersebut, menunggu jawapan daripada dia.. wanita itu pula kaku di depan cermin, terdiam membatu.. dia kemas2 barang make up dan bersedia untuk keluar dari surau.. anak itu pandang dengan penuh tanda tanya.. kenapa akak tak nak jawab soalan saya?

sebelum melangkah keluar, wanita seksi itu memandang ke arah anak kecil itu, sambil tersenyum.. dengan nada perlahan, "adik, terima kasih.." :)


**** kadang-kadang teguran dari orang lain adalah teguran dari Allah.. jangan terlalu cepat untuk tak menghiraukannya.. kita tak tahu mati kita bila, takut nanti tak sempat nak bertaubat.. sekadar perkongsian bersama..

Tuesday, March 26, 2013

antara aurat & pilihan hati


Suami  : tudung dah kemas?
Isteri     : *belek2 depan cermin* dah..
Suami  : dah pakai handsock? jangan sampai nampak tangan kalau lengan baju terselak nanti..
Isteri     : dah pakai, sayang
Suami  : stokin? kaki juga aurat.. dosa awak adalah dosa saya.. dah pakai stokin belum?
Isteri     : *tengok kaki* dah pakai dah..
Suami  : Alhamdulillah, comelnya isteri saya.. *kucup dahi isteri*  :) 


Assalamualaikum ya ahli syurga! *insyaAllah*

seronok bila ada suami yang tolong jaga dan ingatkan isteri tentang aurat.. sesungguhnya auratku ini adalah hak untuk suamiku sahaja.. secara jujurnya, aku time single dan hingusan dulu, tak kisah sangat tentang menutup aurat dengan sempurna.. handsock dan stokin langsung tak suka pakai, panas dan rimas lah!.. kena marah banyak kali dengan Umi dan kak Ijah pun, kadang-kadang masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. betul, tak tipu.. Umi banyak kali tegur, jangan pakai baju tapi singkat dan menampakkan bentuk bontot, jangan pakai cardigan atau sweater yang menampakkan bentuk lengan, tu bukan menutup aurat, tu membalut aurat saja.. tapi aku degil, hati keras, iman tak kuat, langsung tak endahkan nasihat-nasihat Umi yang lebih lama hidup di dunia nih.. Umi selalu nasihatkan anak-anak dia, ingat Allah yang selalu tengok gerak geri kita, ingat dan kesian kat abah dalam kubur kena pukul disebabkan dosa-dosa kami.. mula-mula masa dengar, nangis la dan taubat kejap.. tapi lama-lama buat balik sebab dah menjadi kebiasaan kan.. alah bisa tegal biasa.. hahaha *okay tak lawak* 

dulu sibuk mahukan perhatian daripada lelaki, mahu lelaki paling dan tengok kecantikan diri *tangan di dada mata ke atas* dan mahukan pandangan kagum dari kaum wanita yang lain.. okay fine, bukan pandangan kagum, menyampah ada lah, minah prasan ja aku nih.. hahaha.. masa tu,baju semua ketat dan ikut bentuk tubuh badan, tudung yang jarang dan tak tutup dada dengan sempurna, stokin tak pakai, lengan baju disenteng sesuka hati bila hari panas.. budget dalam otak, asalkan pakai tudung, aku dah tutup aurat! dulu aku bangga pakai baju ketat-ketat sebab nampak kurus.. tak kisah, langsung tak kisah kalau Allah murka dengan aku, yang penting masa tu, aku selesa, aku bergaya, aku cantik!.. tapi bukan di mata Allah Maha Esa.. bila pikir pikir balik, rasa macam nak nangis ja.. tak sangka aku jahil macam tu dulu.. banyak betul dosa-dosa yang aku kumpul dulu, kesian abah dalam kubur.. ya lah, kan dosa seorang anak ditanggung oleh bapanya selagi belum berkahwin..disebabkan aku, abah diseksa dalam kubur.. ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini, janganlah seksa abah lagi.. TTT^TTT

aku tak cakap aku nih terbaik, aku memangnya bukan yang terbaik kerana aku masih mencuba mencari keredhaan Allah.. aku masih dalam proses untuk belajar menutup aurat dengan sempurna, dan aku bersyukur sebab dapat suami yang membimbing aku ke arah yang benar.. tak tak, aku bukan nak riak atau bangga *eh bukan maksud dia sama ka?* tapi sekadar sesuatu yang ingin dikongsikan dengan semua, kaum Hawa terutamanya, bahawa dosa anda tidak menutup aurat dengan sempurna, ditanggung oleh ayah/bapa/daddy/abah/babah atau apa2 panggilan untuk your father lah.. itu sebelum anda berkahwin.. lepas dah akad nikah dan disebut "sah" oleh saksi-saksi, maka dosa auratmu ditanggung oleh suamimu.. tak sayangkah anda dengan suami anda? dia ada banyak lagi bebanan tanggungjawab lepas korang kahwin, tanggungjawab kamu dengan Allah pun nak bagi dekat dia jugak ka? eh ehhhh, jangan ingat kamu takkan masuk neraka klau dosa kamu ditanggung suami.. klau suami dah suruh pakai tudung dan tutup aurat dengan sempurna, namun kamu ingkar, nerakalah destinasi kamu nanti.. dan kamu juga kaum Adam, tidakkah kamu sayang akan anak/isteri/adik/kakak kamu? tanggungjawab mendidik/menegur/mengubah mereka  adalah di tangan kamu.. dosa kamu jugak kalau tak tegur.. 

kamu tahu? tahu kan? saya juga tahu.. jadi marilah kita sama-sama menasihati dan mengingati masing-masing tentang tuntutan agama untuk kita menutup aurat dengan sempurna.. buat kaum Hawa, jom buat wardrobe change; labuh, longgar, dan menutupi dada! biar nampak gemuk kerana berpakaian labuh dan longgar dari nampak kurus kerana berpakaian ketat seakan-akan berbogel.. tak ada guna bentuk body lawa kalau akhirnya kamu masuk ke neraka juga.. ingat ya, auratmu adalah untuk suamimu sahaja.. dan sejujur sejujurnya, itu adalah nikmat yang mutlak dan manis.. ^_^

 

Terima kasih sayang.. :) *senyum la sikit -__-'

Sunday, October 10, 2010

aku kenal awek cun meletop keba-boom!

Mood : baru lepas stress

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. weih weih weih, apesal blog aku takdak pengunjung nih?.. geram aku.. mentang2 la aku tak update blog, korang taknak singgah pulak.. haishhh.. ok la, aku update la nih, jangan menangis ok?..

satu hari nih aku berperang dengan sistem add/drop kat portal UUM yang macam hampeh.. mula2 aku sabar gila dowh, tapi lama2, kesabaran kian menghilang.. sampai air mata melimpah ke tanah.. ceh, melimpah, padahal satu titik ja.. propa ja lebih kau Najmie.. (-__-;; kamu semua (pergh, skema) jangan salah anggap, aku menangis bukan sebab sedih, tapi sebab frust yang membuak2 sampai hampir hancur desktop kat office mak aku tuh aku kerjakan (ayat propa lagi)..

anyway, nih haa, nak tunjuk gambar kawan aku yang comel gila, gila pun tak comel macam dia.. dia satu kelas ko-k kepimpinan dengan aku kat UUM nih, tu yang aku kenal dia.. dia comel gila wa cakap sama lu!.. tak percaya?.. tengok gambar dia kat bawah nih..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tapi yang paling comel, spek yang dia pakai tu.. haaaaaa, cun kan cun kan?.. tu lah spek aku.. hahahahaha.. okey, sekian sahaja update ngok ngek dari aku.. kalau ada sesiapa nak bekenalan dengan member aku nih, sila isi borang A, borang J, borang K dan bayar duit tol plus kat aku RM250.. hahahahaha.. XD

later peeps!!.. (^^,)

Tuesday, September 28, 2010

aku cuma nak bagitau

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku tengah stress..
='(

tolong gembirakan aku, boleh?


Saturday, September 4, 2010

mak melayu + ayah cina = anak india.. 1Malaysia!


Mood : guling-guling~


Assalamualaikum ya pendatang dari bumi, apa khabar?.. sihat kah anda sambil membaca surat khabar?.. sihat?.. bagus2.. apa yang best kat surat khabar tu?.. tak tahu sebab eksyen ja lebih pegang surat khabar?.. patut lah.. (-__-;;

pergh, gila lama aku tak taip belog dalam bahasa ibunda tercinta.. tapi memandangkan kita baru ja menyambut 31 Ogos beberapa hari yang lepas, jadi semangat patriotik agak membuak2, walaupun sambutan hari kemerdekaan ke 53 agak hambar tahun nih.. al-maklum lah, Ramadan kan, kena lah menghormati bulan yang mulia ini.. tak boleh nak pesta2 macam tahun2 dahulu.. tapi tak pa, asalkan hati masih cintakan tanah air dan bangsa, kita sudah MERDEKA!.. yeahhh!~~

tapi yang tak best nya merdeka tahun ini adalah.. isu-isu racism yang semakin meningkat sekarang.. dulu tahun 2008 panas satu Malaysia tentang video youtube dari Namewee yang nyanyikan lagu Negarakuku yang dikatakan menghina kerajaan Malaysia dan orang melayu.. sampai tiba2 semua orang cina benci kat melayu dan orang melayu benci kat cina.. bertekak sana sini, bergaduh sampai tumbuk2.. tengok, sampai macam tu sekali..

aku pun buka tengok lagu Negarakuku yang Namewee buat tu, aku baca translation dia, dan aku cuba paham la.. daripada pemahaman aku, lagu tu bukan menghina negara or melayu pun, cuma menyatakan salah silap yang dilakukan ja.. contohnya, pegawai kerajaan yang buat kerja lambat dan customer service yang tak bagus.. alaa, bukan terjadi kat cina ja, kat aku pun penah jadi.. aku pun ada jugak complain, tapi tak didengari sangat sebab aku tak buat video youtube yang kontroversi macam Namewee.. tapi yang tak syoknya, benda tu sepatutnya tak terjadi kat pejabat kerajaan in the first place.. tapi bila si Namewee buat video tu, terus pegawai kerajaan tersedak dan terbatuk2, marah sangat.. dah nak buat camana, dia tulis lagu tu berdasarkan pengalaman dia.. kononnya macam Eminem la, rap pasal kehidupan dia.. hohoho.. so pandai2 lah pegawai2 itu mengubah service mereka ya..

dan sekarang isu racism yang hebat diperkatakan adalah tentang pengetua sekolah menengah pulak, Puan Hjh Siti Inshah yang mengeluarkan komen berbaur racism semasa perhimpunan sokolah.. katanya, dia cakap cina dan india hanya penumpang di malaysia dan patut balik ke negara masing2.. sedih okeh?.. aku selalu ingat, kalau dah jadi pengetua tu, otak kena matang, subjek sejarah dapat A1.. tapi.... hurmm.. sedih2.. aku tak tahu kebenaran kes nih, tapi aku tahu kes nih sedang hangat diperkatakan.. dan kat Facebook tu penuh dengan komen-komen racism, almaklumlah FB aku 1Malaysia, kawan cina dan india pun ramai.. kadang2 diorang share link ke video atau gambar yang racism, yang membuat aku malu untuk mengaku bangsa melayu pun ada.. dan aku dah tak larat nak bela orang melayu yang berfikiran cetek lagi.. disebabkan kes pengetua nih jugak, sambutan bulan kemerdekaan dikatakan satu gurauan.. ya lah, cakap 1Malaysia, merdeka selama 53 tahun, tapi otak dan hati masih racism, apa kes?.. what kind of sick joke is this?..

haishh, penat bila sebut tentang masalah racism nih, sedangkan ia tak sepatutnya terjadi.. aku ada ramai ja kawan cina dan india.. kiteorang ada jugak tak setuju dengan pendapat masing2, tapi kami semua paham tentang konsep 1 Malaysia.. tiadanya bangsa Melayu, Cina atau India, cuma bangsa Malaysia.. 1 Malaysia.. sumpah senang gila nak paham, tapi nak melaksanakannya?.. perghh, susah gila.. sampai benda kecik macam video si Namewee pun leh jadi isu.. haishhh..

sedangkan kita, sebagai anak remaja sepatutnya fikirkan tentang masa depan negara, fikirkan cara-cara untuk memajukan negara kita, bukan untuk memecahbelahkan perpaduan.. itu tindakan bodoh kau tahu?.. kalau kau tak puas hati dengan politik negara, do something about it.. kalau kau rasa kau lebih baik dan boleh memimpin negara menggunakan cara kau, work for a spot in the politics.. and fyi, tak semua orang politik tu teruk okeh?.. anything is possible.. kalau kau sayangkan negara Malaysia, jaga lah negara, jangan jual kepada negara asing.. simple as that..

pesanan tuan belog nih.. kalau dah susah sangat nak hidup secara aman dalam negara bernama Malaysia, nak bekerjasama dengan bangsa lain, nak memahami bangsa lain, dah meluat sangat dengan Malaysia yang sangat diversify nih, PERGI PINDAH NEGARA LAIN!.. Malaysia tak perlukan negativiti dari kau, buat semak ja negara nih okeh?.. dan jangan kau gedik nak buat comment atau remark macam kononnya Malaysia nih lebih bagus kalau hanya ada Melayu atau Cina atau India, nanti aku ketuk kepala kau.. Malaysia lagi best macam sekarang, penuh warna warni dengan perbezaan budaya dan agama.. cuba berfikiran terbuka sikit okeh?.. dan jangan terpengaruh dengan propaganda dan gimik orang2 politik, Malaysia lebih seronok bila berbilang bangsa..

aku bangga menjadi anak Melayu, anak Malaysia..


pssttt, kau bangga tak menjadi anak Malaysia?..
(^^,)

selamat menyambut 53 tahun kemerdekaan!.. merdekakan hati dan fikiran anda dari racism!..

Sunday, June 13, 2010

amoi yang comel

saja nak bagitahu..

dia nih comel kan?..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



yang ini pun comel..



dan yang ini pun comel!



kan kan?..
(^^,)


Saturday, May 8, 2010

8 jenis lelaki yang tidak disukai oleh aku

Mood : panas!

assalamualaikum, apa khabar wahai blog readers ku?.. menikmati hari cuti anda?.. bagus2.. hari nih aku dan keluarga telah dijemput ke 2 kenduri kawen bertempat di Jitra dan Alor Setar.. jadi hari ni aku dah melampaui diet aku yang tidak ingin memakan nasi untuk kuruskan badan.. hoho.. apapun, alhamdulillah aku dah kurang 4kg sekarang..

okay, habis bebelan di situ, jom tengok 8 jenis lelaki yang tidak disukai oleh aku ya.. dan fyi, jenis2 lelaki yang aku tak suka nih, juga tak disukai oleh wanita secara am nya.. jadi untuk mereka yang bergelar lelaki di luar sana, dengar lah luahan aku, seorang wanita, dan berubah la kalau nak disukai oleh wanita yek.. hoho.. =D

8 jenis lelaki yang aku tak suka

pemandu tak berhemah
walaweih, bila di atas jalan, belagak macam bawak BMW atau Mercz, tapi hakikatnya kereta Wira ja yang di pimped dengan turbo.. biasalah kalau lelaki nak make-up2 kereta nih kan, dengan sport rim lah, dengan spoiler lah, sticker ngan air brush lah.. haishhh.. tapi kira okay la, perempuan make-up muka, lelaki make-up kereta.. kalau make-up muka, kang jadik nyah pulak.. hahaha.. tapi kan, jangan la bawa kereta sampai mencecah 150km/j kat highway sampai mengundang ketidak selesaan pengguna yang lain.. dan yang paling tak boleh blah, bila nak corner, haremmm tak bagi signal belok pun, biarkan pemandu menunggu kau yang macam siput nak belok.. memang sangat tak berhemah.. haihhh..

double parking
untuk pengguna kereta di kawasan-kawasan berpenduduk yang tinggi macam KL tu, mesti sangat paham dengan situasi nih.. dari pemerhatian aku, kebanyakan yang mengamalkan double parking adalah lelaki.. ada jugak perempuan, tapi lelaki adalah majoriti.. bagi aku lah kan, nak double parking tu okay, tak kisah sangat, asalkan driver ada kat dalam kereta.. bila kereta dalam parking space nak keluar, boleh ja ubah kereta tu, tapi nih tak.. tinggalkan kereta di belakang kereta lain untuk berjam jam lamanya, dan bila kereta sendiri kena toreh, marah tak ingat dunia.. perghh.. aku memang tak suka lelaki yang double parking..

mat rempit
sangat common di Malaysia, rempit merata-rata.. tapi korang tau tak ramai orang tak suka korang?.. walaweih, macam aku nih kan, pemandu kereta, paling MELUAT tengok mat rempit nih.. bawak moto macam s**l, belok kanan kiri tak tengok orang lain, tak endahkan keselamatan sendiri dan orang lain, buat jalan macam mak bapak dia punya.. kalau kau mati, tau tak menyusahkan orang lain, lagi2 orang yang langgar kau?.. haishhh.. kalau lelaki tu tak rempit pun, dia tak pakai tali keledar kat helmet.. pandai pandai dah sebab pakai helmet, tapi bodoh sebab tak pakai tali keledar kat helmet tuh.. kalau kau exsiden, kepala kau tu keras mana sangat dowh?.. haishhh..

merokok
yang nih aku memang tak suka dari kecik, kau cakap pi la apa pun, aku memang tak suka lelaki yang merokok.. memang la, tu hidup kau, suka hati kau la nak buat apa pun kan?.. kau yang tak kisah nak mati awal, kau yang tak kisah nak mati pucuk, kau yang tak kisah nak dapat barah atau kanser, tapi jangan la isap rokok depan aku dowh!.. aku tak nak mati awal, aku nak kawen, aku nak ada anak, aku nak hidup lama, jadi tolong lah jangan rokok depan aku.. pegi rokok jauh2, pegi bunuh diri jauh2 dari aku boleh?.. aku BENCI lelaki merokok! dah sepanjang aku hidup nih, aku memang tak pernah terima lelaki yang merokok sebagai pakwe aku.. kawan tu boleh, tapi kalau kau isap rokok, chances are, kau hanya akan kekal sebagai kawan aku.. dan tolong pegi jauh2 bila kau nak isap rokok, boleh?..

garang dan tak reti berterima kasih
okay, garang bertempat, aku tak kisah.. contoh:- abang yang marah adik dia keluar rumah pakai seksi2, lelaki yang marah awek dia yang tak pakai tudung, itu garang bertempat lah kan.. tapi nih tak, garang yang melampau2.. tanya soalan, kau jerkah dan tengking.. nasihat sikit, terus mulut kumat kamit dok sumpah seranah.. nak minta tolong sket, melenting gila.. pantang nak mampus dari tolong orang lain kan, kononnya kau sibuk, banyak kerja, tapi bila sendiri ada masalah, gedik2 datang kat aku buat muka kesian.. bila aku tolong, kau tak ucap terima kasih pun.. hey, bukan nak ungkit apa aku buat untuk kau, tapi berterima kasih la sikit, dan kalau aku ada masalah, tolong la sket.. bukan aku nak suruh kau bagi aku 1 juta pun, tolong jumper kereta aku yang tak boleh start ja.. kau kan jantan, tolong la sket!

panas baran
aku rasa tak ada seorang manusia di atas muka bumi nih suka lelaki yang panas baran pun kan? betul?.. apa, kau suka?.. okay, kau sewel sket, harap maklum.. lelaki yang panas baran lebih cenderung untuk mengangkat tangan dan kaki bila marah, termasuk juga baling2 barang.. garang tu satu, pukul orang tu satu.. aku paling benci bila baca kes lelaki pukul isteri, orang tua dan kanak2, memang mulut sumpah seranah la aku time tu kan.. lelaki, tugas anda adalah untuk melindungi mereka yang memerlukan, yang lemah dari anda, umumnya wanita, orang tua dan kanak2.. jadi buat la tugas anda, nih apahal pulak main pukul2 orang bila marah nih?.. lelaki, tolong jangan panas baran bila baca nih okay?.. =D

emo kalahkan perempuan
wahahaha, yang nih paling tak boleh blah!.. aku ada pengalaman dengan lelaki yang emo terlebih nih masa zaman kolej dulu, nasib baik tak couple dengan kau!.. hahaha.. =D aku bagi perhatian lebih sket kat laptop, kat adik angkat, kat kawan2, dia nak emo terlebih.. bila aku tak angkat telefon time dia call or lambat reply sms dia, merajuk tak tentu pasal.. bila gaduh, terus cakap kasar guna panggilan aku kau, dan panggil aku nama kurang ajar macam s**l dan b**i.. bila aku independent dan tak bergantung pada dia, dia tak puas hati.. wahahahaha, emo terlebih kan?.. dan aku tak suka lelaki yang emo lebih2 macam nih.. jadi semua lelaki di luar sana, jangan emo terlebih ya, tu kerja perempuan.. hahaha.. =DD

berfikiran lucah
kau paham2 la sendiri maksud nih, boleh?.. kalau kau dah kawen, tahniah, dah halal.. yang belum kawen, PUASA weih!.. pastu kumpul duit untuk kawen, halalkan apa yang haram.. senang..


sekian, itu 8 jenis lelaki yang aku tak suka.. berapa ramai yang sokong aku weih?.. dan kaum lelaki, apa jenis wanita yang korang tak suka pulak?.. kalau kau dah buat, sila inform aku, aku nak baca.. dan kaum wanita, kalau ada apa2 kau nak tambah, sila sila!

sekian, terima kasih! (^^,)

Sunday, May 2, 2010

Ben Ashaari cakap nak masuk meminang aku.. yabedabedoo!!


Mood : kenyang


assalamualaikum semua, selamat siang.. hoho.. okay, tajuk aku menipu ja.. keh keh keh.. aku pegi blogwalking tadi, dan aku terjatuh tersembam bila tiba kat satu blog nih.. dia promote pasal Ben Ashaari kat blog dia, mintak nak di masuk kan dalam blog list baru abg Ben yang akan dibuka nih.. macam menarik, lalu link yang diberikan di klik..

okay, seikhlas ikhlasnya, nih baru 2nd time aku masuk blog abg ben.. tapi sepanjang aku blogwalking nih, nama dia asyik muncul merata-rata ja, bersepah sepah.. semua puji cakap traffic dia tinggi, orang peramah dan baik, dan apa kejadah la kan.. aku kurang minat mula-mula, tapi bila dah masuk blog dia.. eheh, paham2 lah yek.. =P

untuk dimasukkan dalam blog list dia, aku kena jawab 3 soalan.. tapi tak boleh tiru orang, nanti kena repeat dan buat 100 kali lompat bintang.. bahahaha.. okay, tipu, dia tak cakap macam tu pun..


1 ) HEADER BLOG BEN ASHAARI

merah gitu dowh.. adakah ini menyatakan bahawa abg ben seorang yang garang?.. oh noes!! =P

2 ) Berapa lama dah berblog

saya blogging baru setahun jagung, hingusan masih keluar, sebab tu perlukan seorang mentor yang meletop kebaboom.. hoho.. blogging bermula pada 3 December 2008 ketika zaman praktikal diploma..

3 ) Sehari berapa entri ?

kalau zaman purba dulu, blogging setiap minggu 3 kali.. kalau busy, seminggu sekali ja.. tapi sekarang mood blogging mengganas, tiap2 hari nak blogging sampai 3 4 kali.. wah2, melampau.. hahaha.. blogging dilakukan dalam 2 bahasa, Melayu dan Inggeris, bergantung pada mood dan persekitaran dan bahan blogging..

ngahahaha.. abg Ben, terima saya masuk dalam blog list baru abg tau, terima tau!.. nanti kita boleh guleng guleng sama2.. hahaha.. okay, aku merapu.. ngahahaha! =D


p/s :- sila lah singgah di sini untuk membuat akaun, kemudian ke sini untuk vote entri aku.. tarikh tutup malam nih.. tolong luangkan 5 minit untuk create account dan vote untuk aku ya.. kerjasama anda amat diperlukan dan dihargai.. terima kasih rakan-rakan ku!

kalau nak cantik macam model dan pelakon, baca nih..


Mood : woh!


assalamualaikum semua, selamat siang.. hoho.. pagi yang cerah dan ceria bukan?.. well, kalau kat tempat kau hujan, mesti la tak cerah kan.. aku rasa sihat dan bahagia sikit hari nih.. semalam aku sedih, nangis2 atas katil peluk teddy bear sambil isap jari, tapi hari nih aku ceria dan bersyukur.. kenapa?.. sebab setelah aku luahkan hati dan perasaan dalam entri nih, semakin ramai yang rajin untuk tolong vote aku.. dari 12 vote ke 23 vote.. thank you so so much.. nampaknya aku masih disayangi oleh rakan2 di Facebook.. terima kasih daun keladi, tolong lah vote lagi.. sebab aku perlukan lagi banyak vote untuk selamat berada di top 5, sekurang-kurangnya sampai votes untuk aku lebih dari 110 votes.. kau tolong aku, boleh?..

okay lah, aku nak citer pasal topik aku tu.. bila kita bercakap tentang kecantikan, ramai ingat hanya model atau pelakon kat tv yang kurus lampai dan tinggi 170cm ke atas ja yang boleh ditafsirkan sebagai cantik.. yang hingus sememeh selekeh macam kawan kau kat kelas dan ofis tu tak cantik pun.. tetapi benar kah ia begitu?.. pergh, skema ayat..

jawapan aku, TIDAK sama sekali.. semua ciptaan Tuhan adalah cantik, tak kira agama, warna kulit atau bangsa.. semua cantik dengan cara yang tersendiri.. ada yang cantik di luar, ada yang cantik di dalam.. tapi pokok, buah dan dahannya di sini, semua adalah cantik, terutamanya wanita.. tetapi, tak semua wanita dilahirkan dengan kecantikan luaran.. bagaimana untuk menjadi cantik jika dilahirkan dengan gigi jonggang, badan gemuk, rambut keras macam dawai?..

senang saja.. daftarkan diri dengan EXTREME MAKEOVER crew, dan mereka mampu mengubah anda dari ugly duckling ke beautiful swan!.. semuanya mampu diperbaiki, baik kegemukan, hidung senget atau bontot kurang mantap.. cuba lihat mereka di bawah ini..

klik untuk tumbesaran

mereka asalnya tak menarik langsung, dengan muka pucat, buahdada kecik dan gigi jongang semua.. tapi setelah mendapat sentuhan, rabaan, dan pertukaran from Extreme Makeover crew, terus cantik macam model dan pelakon.. lepas tu bila dah cantik, mula la nak pakai baju seksi seksi bikin lelaki terliur dengan belahan melampau.. okay kaum lelaki, tengok untuk 10 saat ja, jangan lama2.. haha..

bagaimana mereka cantik?.. oh wahai rakan-rakan ku sekalian.. kita sekarang hidup dalam dunia yang serba moden.. walaupun cara tradisional tetap diamalkan, namun terdapat pelbagai perbaharuan yang dijalankan oleh ahli sains dan pengkaji.. kalau kau gemuk tapi malas nak exercise dan diet, sila lah buat liposuction untuk sedut lemak2 kau yang degil tu.. kalau hidung kau senget, pegi buat plastic surgery untuk center balik hidung kau.. kalau rambut kau keras macam dawai, pegi la salon rambut untuk buat treatment.. macam tu lah.. paham?

bila kita bercakap tentang hukum Islam dan sebagainya, mestilah pembedahan plastik jatuh kepada haram.. tapi ada kelonggaran untuk hukum nih.. kalau kau malu dengan hidung kau yang senget sebab kena belasah dengan awek sebelah rumah sebab tumpang sidai baju kat ampaian dia, pegi la buat plastic surgery, sebab tu bukan hidung asal kau.. tapi nih pendapat aku ja la, tak pasti kalau betul atau tak.. ada sesiapa boleh tolong terangkan hukum buat plastic surgery?.. thank you..


tapi apa pun, bersyukurlah dengan ciptaan Tuhan, anda sudah cantik dan sempurna dan sihat segala anggota badan.. ada lagi manusia yang tidak pernah melihat dunia, yang tidak pernah mendengar, yang tidak pernah merasa sentuhan.. jadi kita yang sempurna nih, haruslah bersyukur.. tetapi tidak salah untuk menjadi yang lebih baik, bukan?.. (^^,)


p/s :- sila lah singgah di sini untuk membuat akaun, kemudian ke sini untuk vote entri aku.. tarikh tutup malam nih.. tolong luangkan 5 minit untuk create account dan vote untuk aku ya.. kerjasama anda amat diperlukan dan dihargai.. terima kasih rakan-rakan ku!
.
.
.
.
.
bintang bersinar~~

Saturday, May 1, 2010

kawan-kawan yang 'best'..


Mood : sedih


assalamualaikum semua, selamat malam, tapi jangan kau tido pulak lepas aku ucap selamat malam nih.. belum masanya untuk kau tido, malam masih muda.. dengar bebelan aku dulu, boleh?.. aku nak luahkan perasaan nih.. hurm..

aku rasa majority korang dah baca tentang contest yang aku masuk kat entri di bawah nih.. ramai yang tau betapa aku nak sangat menang, aku nak sangat bawak mak aku pegi melancong, pegi New York.. aku nak sangat sangat sangat sangat..


kalau kau Facebook friend aku, mesti dah bosan tahap gaban tengok status aku, yang asyik mintak orang vote untuk aku dalam contest tu.. sampai boleh dikatakan merayu lah, mintak pertolongan rakan-rakan dan sahabat aku tolong vote untuk aku.. kalau kau kawan aku dan ada depan aku sekarang, aku rasa aku sanggup melutut mintak kau tolong vote untuk aku.. tolong lah, tolong lah!.. nampak tak tahap desperate aku macam desperate housewives tu?.. aku memang desperate sekarang, sebab tarikh tutup voting adalah esok, dan aku perlukan lagi 50 votes untuk jadi top 5.. dan aku memang teringin sangat2, sampai aku tak tau camana nak cakap lagi keinginan aku untuk pergi ke New York nih.. nak sangat sangat.. (T^T)

ada kawan aku kat Facebook yang dah muak, dan cakap dia annoying baca status aku.. okay fine, aku akui, tiap2 30 minit aku tukar status, mintak orang pegi website nih dan vote untuk aku.. tapi kau tahu, dari 800++ kawan aku kat FB, lebih kurang 6 7 orang ja yang rajin tangan pegi website tu dan vote.. 7 orang.. heh, 'baik' kan kawan2 aku?.. ='(

agaknya betul la pepatah melayu cakap, bila kita senang, kawan2 akan senang sama2 dengan kita.. tapi bila kita susah dan perlukan pertolongan, kawan2 kita hilang pegi jauh2.. dan bila kita dah senang semula, muncul kembali lah kawan2 kita yang hilang dulu.. aku berharap sangat kawan2 aku tak macam nih, tapi, aku agak hampa.. aku sedih..

aku rasa pertolongan yang aku mintak tak banyak, dan tak memerlukan diorang untuk keluarkan duit pun.. cuma luangkan sedikit masa untuk pegi website nih dan vote macam nih ja.. tapi?.. hurm.. aku sangat sedih dengan sikap kawan-kawan aku..


tapi aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kawan2 yang setia dan sudi membantu aku di saat aku perlukan korang.. dan rajin register sampai 4 email berbeza semata-mata untuk vote kat article aku.. tak dilupakan kepada family aku yang bagi support 110%.. you guys are the best, dan aku takkan lupakan jasa korang.. aku sayang korang ketat ketat tak lepas!.. muahhhh!!~~ insyaallah, kalau aku dapat dapat pegi New York, aku bawak balik something untuk korang ya..

okay, aku masih sedih mengenangkan kawan2 aku yang tak menolong aku.. kawan2 dari zaman skolah, dari zaman kolej, dari zaman universiti nih, dan juga kawan2 yang aku kenal dalam dunia blogging dan alam maya nih.. sikit sangat yang sanggup korban 5 minit untuk aku, sikit sangat yang sanggup bersusah payah create account kat website nih.. sikit sangat..

okay lah, aku nak pegi nangis sekarang.. ='(

kawan kawan aku sangat 'best', kan?.. kau kawan aku yang mana, yang betul2 best meletop kebaboom untuk tolong vote untuk aku atau kawan aku yang 'best'?


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin