Saturday, September 4, 2010

mak melayu + ayah cina = anak india.. 1Malaysia!


Mood : guling-guling~


Assalamualaikum ya pendatang dari bumi, apa khabar?.. sihat kah anda sambil membaca surat khabar?.. sihat?.. bagus2.. apa yang best kat surat khabar tu?.. tak tahu sebab eksyen ja lebih pegang surat khabar?.. patut lah.. (-__-;;

pergh, gila lama aku tak taip belog dalam bahasa ibunda tercinta.. tapi memandangkan kita baru ja menyambut 31 Ogos beberapa hari yang lepas, jadi semangat patriotik agak membuak2, walaupun sambutan hari kemerdekaan ke 53 agak hambar tahun nih.. al-maklum lah, Ramadan kan, kena lah menghormati bulan yang mulia ini.. tak boleh nak pesta2 macam tahun2 dahulu.. tapi tak pa, asalkan hati masih cintakan tanah air dan bangsa, kita sudah MERDEKA!.. yeahhh!~~

tapi yang tak best nya merdeka tahun ini adalah.. isu-isu racism yang semakin meningkat sekarang.. dulu tahun 2008 panas satu Malaysia tentang video youtube dari Namewee yang nyanyikan lagu Negarakuku yang dikatakan menghina kerajaan Malaysia dan orang melayu.. sampai tiba2 semua orang cina benci kat melayu dan orang melayu benci kat cina.. bertekak sana sini, bergaduh sampai tumbuk2.. tengok, sampai macam tu sekali..

aku pun buka tengok lagu Negarakuku yang Namewee buat tu, aku baca translation dia, dan aku cuba paham la.. daripada pemahaman aku, lagu tu bukan menghina negara or melayu pun, cuma menyatakan salah silap yang dilakukan ja.. contohnya, pegawai kerajaan yang buat kerja lambat dan customer service yang tak bagus.. alaa, bukan terjadi kat cina ja, kat aku pun penah jadi.. aku pun ada jugak complain, tapi tak didengari sangat sebab aku tak buat video youtube yang kontroversi macam Namewee.. tapi yang tak syoknya, benda tu sepatutnya tak terjadi kat pejabat kerajaan in the first place.. tapi bila si Namewee buat video tu, terus pegawai kerajaan tersedak dan terbatuk2, marah sangat.. dah nak buat camana, dia tulis lagu tu berdasarkan pengalaman dia.. kononnya macam Eminem la, rap pasal kehidupan dia.. hohoho.. so pandai2 lah pegawai2 itu mengubah service mereka ya..

dan sekarang isu racism yang hebat diperkatakan adalah tentang pengetua sekolah menengah pulak, Puan Hjh Siti Inshah yang mengeluarkan komen berbaur racism semasa perhimpunan sokolah.. katanya, dia cakap cina dan india hanya penumpang di malaysia dan patut balik ke negara masing2.. sedih okeh?.. aku selalu ingat, kalau dah jadi pengetua tu, otak kena matang, subjek sejarah dapat A1.. tapi.... hurmm.. sedih2.. aku tak tahu kebenaran kes nih, tapi aku tahu kes nih sedang hangat diperkatakan.. dan kat Facebook tu penuh dengan komen-komen racism, almaklumlah FB aku 1Malaysia, kawan cina dan india pun ramai.. kadang2 diorang share link ke video atau gambar yang racism, yang membuat aku malu untuk mengaku bangsa melayu pun ada.. dan aku dah tak larat nak bela orang melayu yang berfikiran cetek lagi.. disebabkan kes pengetua nih jugak, sambutan bulan kemerdekaan dikatakan satu gurauan.. ya lah, cakap 1Malaysia, merdeka selama 53 tahun, tapi otak dan hati masih racism, apa kes?.. what kind of sick joke is this?..

haishh, penat bila sebut tentang masalah racism nih, sedangkan ia tak sepatutnya terjadi.. aku ada ramai ja kawan cina dan india.. kiteorang ada jugak tak setuju dengan pendapat masing2, tapi kami semua paham tentang konsep 1 Malaysia.. tiadanya bangsa Melayu, Cina atau India, cuma bangsa Malaysia.. 1 Malaysia.. sumpah senang gila nak paham, tapi nak melaksanakannya?.. perghh, susah gila.. sampai benda kecik macam video si Namewee pun leh jadi isu.. haishhh..

sedangkan kita, sebagai anak remaja sepatutnya fikirkan tentang masa depan negara, fikirkan cara-cara untuk memajukan negara kita, bukan untuk memecahbelahkan perpaduan.. itu tindakan bodoh kau tahu?.. kalau kau tak puas hati dengan politik negara, do something about it.. kalau kau rasa kau lebih baik dan boleh memimpin negara menggunakan cara kau, work for a spot in the politics.. and fyi, tak semua orang politik tu teruk okeh?.. anything is possible.. kalau kau sayangkan negara Malaysia, jaga lah negara, jangan jual kepada negara asing.. simple as that..

pesanan tuan belog nih.. kalau dah susah sangat nak hidup secara aman dalam negara bernama Malaysia, nak bekerjasama dengan bangsa lain, nak memahami bangsa lain, dah meluat sangat dengan Malaysia yang sangat diversify nih, PERGI PINDAH NEGARA LAIN!.. Malaysia tak perlukan negativiti dari kau, buat semak ja negara nih okeh?.. dan jangan kau gedik nak buat comment atau remark macam kononnya Malaysia nih lebih bagus kalau hanya ada Melayu atau Cina atau India, nanti aku ketuk kepala kau.. Malaysia lagi best macam sekarang, penuh warna warni dengan perbezaan budaya dan agama.. cuba berfikiran terbuka sikit okeh?.. dan jangan terpengaruh dengan propaganda dan gimik orang2 politik, Malaysia lebih seronok bila berbilang bangsa..

aku bangga menjadi anak Melayu, anak Malaysia..


pssttt, kau bangga tak menjadi anak Malaysia?..
(^^,)

selamat menyambut 53 tahun kemerdekaan!.. merdekakan hati dan fikiran anda dari racism!..

12 comments:

Hizami Li said...

hehe.
that's so true.
:)
i love being malaysian.

EIPUL said...

najmi, tolong translate video namewee tu bleh? Tak paham lar~~

haha.
Anyway, selamat hari merdeka juge!!! :-D

dan selamat hari raya, maaf zahir & batin. ^o^

arekymz said...

assalam.
pasal video namewee tu paling buatkan org islam marah sebab dye kutuk azan.
xtau nape org suke memburuk2kan islam.
org islam sendiri pon ade yg persendakan islam.
=.="

Just_najmiE said...

zami..

kan kan?.. seronok jadi Malaysian!.. wheee!~~

Just_najmiE said...

eipul..

woah babe, lama gila tak nampak!.. rindu kat ko.. haha.. ko pegi youtube, ko search namewee negarakuku malay sub.. nanti ko baca sendiri translation lagu tuh..

okeh, selamat hari merdeka weih!.. selamat hari raya, maaf zahir batin!.. hoho..

Just_najmiE said...

akim..

w'salam.. wah, nama dah ditukar.. hehe.. haa, pasal azan tu pulak, dia tak kutuk pun.. cuba baca translation dia nih..

I like this country so much
In the early morning 5 o'clock
There is morning call to wake me up
Sometime a few sings together
Just like singing a love song
Sometimes the voice get twisted just like RnB style
Although sometimes they sing until out of key
Or sometimes they even sing until throated
Some of their voice sound like cock, but they're earlier than a cock
Only like this, we'd be awaken to go to school or work

cock yg dia maksudkan tu ayam jantan, kiranya azan yang kejutkan org ramai pagi2 utk ke sekolah dan kerja.. dan pasal pitching suara tu, mmg betul la, kadang2 org yg bang tu sakit tekak ka apa ka, so azan kurang merdu.. understandable.. tp apa yg dia ckp taklah teruk sgt, cuma kena paham dgn ayat dan bahasa yg dia gunakan ja.. dia tak kutuk pun, melayu ja sensitif sgt..

arekymz said...

real name is better kot..
hehehe..

orite..
thanks for the explaination.
just kuarkan ape yg kawan2 bg tau.
denga lagu tu skali je.
hehehe..

Unknown said...

Hahaha I didn't hear about the Namawee case at all! I'm a proud Malaysian and I accept and love the diversity of Malaysia.

But...I wish some Malays would just grow up from their simple minded thinking...We're a special country. Why can't they see that?

...and dammit, Why are our people butchering my nation's beloved language with nonsense spelling? *nerdrage*

Judiene said...

perghhh najmie kasi sembur sume keluar
hehehe
you go girl
yup2, couldn't agree more with you
aku pn baca ulang2 kali takot terlepas point2 penting dlm entry neh
hehehe~~

Just_najmiE said...

akim..

wokeh, no hal!.. (^^,)

Just_najmiE said...

lol!~ I know right?.. we've always been diversified, and it's so freaking cool.. but some peeps just don't understand that, too bad..

and yeah, I'm with you on the nerdrage thingy..

Just_najmiE said...

judiene..

sembur?.. hahaha, sharing ja kot.. lol!~ so apa isi penting entri nih?.. =P

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin