Tuesday, March 26, 2013

antara aurat & pilihan hati


Suami  : tudung dah kemas?
Isteri     : *belek2 depan cermin* dah..
Suami  : dah pakai handsock? jangan sampai nampak tangan kalau lengan baju terselak nanti..
Isteri     : dah pakai, sayang
Suami  : stokin? kaki juga aurat.. dosa awak adalah dosa saya.. dah pakai stokin belum?
Isteri     : *tengok kaki* dah pakai dah..
Suami  : Alhamdulillah, comelnya isteri saya.. *kucup dahi isteri*  :) 


Assalamualaikum ya ahli syurga! *insyaAllah*

seronok bila ada suami yang tolong jaga dan ingatkan isteri tentang aurat.. sesungguhnya auratku ini adalah hak untuk suamiku sahaja.. secara jujurnya, aku time single dan hingusan dulu, tak kisah sangat tentang menutup aurat dengan sempurna.. handsock dan stokin langsung tak suka pakai, panas dan rimas lah!.. kena marah banyak kali dengan Umi dan kak Ijah pun, kadang-kadang masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. betul, tak tipu.. Umi banyak kali tegur, jangan pakai baju tapi singkat dan menampakkan bentuk bontot, jangan pakai cardigan atau sweater yang menampakkan bentuk lengan, tu bukan menutup aurat, tu membalut aurat saja.. tapi aku degil, hati keras, iman tak kuat, langsung tak endahkan nasihat-nasihat Umi yang lebih lama hidup di dunia nih.. Umi selalu nasihatkan anak-anak dia, ingat Allah yang selalu tengok gerak geri kita, ingat dan kesian kat abah dalam kubur kena pukul disebabkan dosa-dosa kami.. mula-mula masa dengar, nangis la dan taubat kejap.. tapi lama-lama buat balik sebab dah menjadi kebiasaan kan.. alah bisa tegal biasa.. hahaha *okay tak lawak* 

dulu sibuk mahukan perhatian daripada lelaki, mahu lelaki paling dan tengok kecantikan diri *tangan di dada mata ke atas* dan mahukan pandangan kagum dari kaum wanita yang lain.. okay fine, bukan pandangan kagum, menyampah ada lah, minah prasan ja aku nih.. hahaha.. masa tu,baju semua ketat dan ikut bentuk tubuh badan, tudung yang jarang dan tak tutup dada dengan sempurna, stokin tak pakai, lengan baju disenteng sesuka hati bila hari panas.. budget dalam otak, asalkan pakai tudung, aku dah tutup aurat! dulu aku bangga pakai baju ketat-ketat sebab nampak kurus.. tak kisah, langsung tak kisah kalau Allah murka dengan aku, yang penting masa tu, aku selesa, aku bergaya, aku cantik!.. tapi bukan di mata Allah Maha Esa.. bila pikir pikir balik, rasa macam nak nangis ja.. tak sangka aku jahil macam tu dulu.. banyak betul dosa-dosa yang aku kumpul dulu, kesian abah dalam kubur.. ya lah, kan dosa seorang anak ditanggung oleh bapanya selagi belum berkahwin..disebabkan aku, abah diseksa dalam kubur.. ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini, janganlah seksa abah lagi.. TTT^TTT

aku tak cakap aku nih terbaik, aku memangnya bukan yang terbaik kerana aku masih mencuba mencari keredhaan Allah.. aku masih dalam proses untuk belajar menutup aurat dengan sempurna, dan aku bersyukur sebab dapat suami yang membimbing aku ke arah yang benar.. tak tak, aku bukan nak riak atau bangga *eh bukan maksud dia sama ka?* tapi sekadar sesuatu yang ingin dikongsikan dengan semua, kaum Hawa terutamanya, bahawa dosa anda tidak menutup aurat dengan sempurna, ditanggung oleh ayah/bapa/daddy/abah/babah atau apa2 panggilan untuk your father lah.. itu sebelum anda berkahwin.. lepas dah akad nikah dan disebut "sah" oleh saksi-saksi, maka dosa auratmu ditanggung oleh suamimu.. tak sayangkah anda dengan suami anda? dia ada banyak lagi bebanan tanggungjawab lepas korang kahwin, tanggungjawab kamu dengan Allah pun nak bagi dekat dia jugak ka? eh ehhhh, jangan ingat kamu takkan masuk neraka klau dosa kamu ditanggung suami.. klau suami dah suruh pakai tudung dan tutup aurat dengan sempurna, namun kamu ingkar, nerakalah destinasi kamu nanti.. dan kamu juga kaum Adam, tidakkah kamu sayang akan anak/isteri/adik/kakak kamu? tanggungjawab mendidik/menegur/mengubah mereka  adalah di tangan kamu.. dosa kamu jugak kalau tak tegur.. 

kamu tahu? tahu kan? saya juga tahu.. jadi marilah kita sama-sama menasihati dan mengingati masing-masing tentang tuntutan agama untuk kita menutup aurat dengan sempurna.. buat kaum Hawa, jom buat wardrobe change; labuh, longgar, dan menutupi dada! biar nampak gemuk kerana berpakaian labuh dan longgar dari nampak kurus kerana berpakaian ketat seakan-akan berbogel.. tak ada guna bentuk body lawa kalau akhirnya kamu masuk ke neraka juga.. ingat ya, auratmu adalah untuk suamimu sahaja.. dan sejujur sejujurnya, itu adalah nikmat yang mutlak dan manis.. ^_^

 

Terima kasih sayang.. :) *senyum la sikit -__-'

3 comments:

Fitriah said...

suka post ni! fit pun ada niat nak wardrobe change..sekarang lebih banyak beli maxi dress, skirt, jubah moden. tapi kadang2 masih suka lagi pakai jeans..

sweetnye u and your husband! :)

Just_najmiE said...

awww, thank you! ^_^

tulah, jeans yang paling susah nak di tinggalkan, tapi boleh ja klau nak pakai.. cuma kena make sure jeans tu tak ketat dan kena pakai baju yang labuh hingga ke lutut.. baru la ok.. hehe.. tp naj dah jarang pakai jeans skrg, banyak pakai baju kurung and jubah.. klau pakai baju pun, mesti baju muslimah yg labuh sampai lutut n pakai dgn seluar slack lycra, tp yg longgar.. selesa ja.. hehe

Anonymous said...

Saya dah tegar pakai seluar jeans nak tinggalkan memang susah....lagi-lagi stokin dan kasut jenama khas untuk bersukan....kalau hanya pakai selipar lewat sikit sedar tak sedar balik rumah seluruh kaki berdebu...jadi saya nekad dah mula pakai stokin tak kira di dalam rumah atau di luar sepanjang hari dan menyarung kasut sukan apabila keluar dari rumah sebab kasut adidas sesuai untuk kita berjalan-jalan kerana tahan lama.




Nurul

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin