Saturday, October 3, 2009

tak sangka dia ingat lagi kat aku..

Mood : ngantuk yang amat


ari Khamis aritu satu keluarga aku dijemput ke rumah terbuka abg Wan, salah seorang pensyarah kat UUM nih..
aku kenal2 la jugak dengan dia..
cuba korang tengok gambar gila bapak skema kami kat atas tu..
kenal tak jejaka idaman malaya itu?..
ngeh3, ayat pancing..
sapa kenai, aku bagi lolipop..
hahaha..


okay2, aku bagitau la..
takyah tarik2 seluar aku, kang telondeh plak, korang jugak yang demam 3 hari 3 malam..
hohoho..
abg Wan nih dari kumpulan nasyid Firdaus..
artis bawah naungan FMC..
kenal tak?..

dia yang hujung blah kanan tu..
tapi..... zaman tembam lah..
sekarang dah kurus baiii..


tapi kan, apa kaitan kumpulan Firdaus nih dengan tajuk entri aku kali nih?..
haaa, mai sini aku nak habaq mai kat hampa..
hahaha, tetiba kluaq loghat Kedah..
=P

--------------------------------------------------------------

tahun 2004..
umur aku 16 tahun..
tempat kejadian adalah di pentas tapak pesta konvo, UUM..

tiap2 tahun, mesti aku ngan kluarga aku pegi pesta konvo UUM..
dan semua booth kebanyakkannya adalah sama setiap tahun..
kalau tahun lepas kau nampak pakcik tua mata sepet jalan tempang pakai sling bag kaler biru kat booth A, tahun nih kau memang konfem dan gerenti akan jumpa pakcik tu lagi kat tempat yang sama..
aku brani bet lah..
hoho..

ok, kembali pada topik asal..
terlari jauh plak..
hehehe..

nak dijadikan cerita, malam aku ngan family aku p pesta konvo tu, kumpulan Firdaus nih ada buat show..
al-maklumlah, baru release album so memang tengah hangat promote la kan..
aku memang tak minat lagu-lagu nasyid nih, dan aku memang tak kenal langsung kumpulan nih time tu..
tapi aku lepak la jugak, dengar diorang nyanyi..
sedap siot suara vokalis dia, Abg Ismandi..
serious shit, aku tak tipu..


lepas nyanyi 2 lagu dari album lama, diorang nak volunteer dari penonton..
penonton plak ramai siot, memang crowded gila..
abg Wan cakap, sapa naik dapat tabung dari Sarawak, abg Midi yang bawak coz dia dari Sarawak..
aku memang not interested pun nak naik coz aku tak kenal diorang..
tapi tak tau pasai pa, tetiba, aku yang naik atas pentas!

hahahaha...
kau tekejut tak?..
tak??
alaa, boleh tak kau bepura-pura tekejut?..
aku bagi kau duit raya spuluh sen ya..
hehehe..

aku naik atas pentas tu sebab kesian..
yalah, diorang tanya, 'sapa nak tabung dari Sarawak nih? percuma ja, tak payah bayar'
'sapa berani naik?'
and so on la..
aku kesian dowh..
nak dekat 10 minit diorang panggil, tapi takdak sapa pun naik atas pentas..
so dengan slumber gila bapak, aku naik la atas pentas tu..
dan diorang happy gila tengok aku..
hahahaha, prasan jap..


dah naik tu, kena la interview seblum dapat hadiah..
"adik nama apa?"
"khairun najmie" - ok, dalam IC aku takdak 'e', saja tambah
"student kat UUM ka?"
"tak"
"oh.. sekolah lagi la nih?"
"a'ah"
"adik tingkatan berapa?"
"form empat" - jawapan yang aku gila bapak regret
"dekat skolah adik minat subjek apa?"
"english"
"oh.. form empat.." sambil buat muka kerek dan penonton gelak kekek-kekek..
kau paham tak?
(-__-""


dah abes kena interview tu, aku kena main game plak..
main teka-teka lagu..
serius macam bodo ja aku atas stage tuh..
semua lagu nasyid, mana aku tau baiii..
adehhh~~
pastu diorang nyanyi lagu single baru diorang, Cinta & Harapan, tapi aku tak tau tajuk lagu tu time tu..
aku men bantai cakap Cinta & Kasih Sayang..
cam cinabeng wa cakap sama lu..
ramai gila orang gelakkan aku..
seb baik aku comel lagi otai, diorang bagi gak adiah kat aku walaupun aku jawab salah..
hahahaha..
tabung tuh still ada dengan aku skrang nih..
isinya?..
errrr, boleh la jugak..
hahaha..
=p

-------------------------------------------

so masa tengah duduk kat meja makan kat open house abg Wan nih, mak aku tanya lah dia camana show n everything..
tengah2 sembang, aku sebut la,
"tabung abg Midi aritu still ada lagi kat dalam bilik.."
pastu abg Wan cakap,
"ohh, tabung tu.." pastu gelak bedekah-dekah..
mestilah dia gelak, sebab dia yang sakat aku dengan "form empat" tu..
adehhh~~
pastu mula la mak aku re-live citer camana dia tekejut aku tetiba naik stage..
bila citer ja, konfem semua akan gelak n geleng2 kepala..
nak wat camana baiii, aku memang gila macam nih..
huhuhu..


tapi rasa sangat seronok dah di hargai bila abg Wan still remember aku..
dah lama dah kot peristiwa aku naik atas pentas tu, tapi masih di ingati..
bukan aku lawa pon time tu, comot berbagai kot..
hohoho..
eh, tak tak, aku tak kata aku lawa sekarang, cuma kurang comot ja..
boleh?..
(^^,)


apa pun, aku nak ucapakan setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat kumpulan Firdaus, khususnya Abg Wan, coz still ingat kat aku..
eh, kenapa aku bahasakan diri sebagai aku?..
sebab dia bukan tau pun aku ada blog so confirm lah tak kan baca apa aku tulis nih..
hahaha..

Thanks Abg Wan sebab jemput datang umah terbuka..
kenduri kawen nanti pun panggil tau?..

ok, tak skema dah.. hehehe..


adios awesome people!!
(^^,)
.
.
.
.
.
.
.
shining star~~

12 comments:

fitriah said...

suke bergambar tau die ni. :)

EIPUL said...

aku tak pernah dengar pasal group ni tapi satu-satunya nasyid performance yang aku pernah tgk adalah konsert unic yang buat kat sekolah aku dulu. Aku ingat lagi, kena bayar rm5 nak masuk tengok benda tu. Huh

Ejay said...

oh.. sgt rindu ngan kumpulan FIRDAUS ni. byk kenangan ngan diorg waktu study kat UUM dulu..

Just_najmiE said...

fitriah..

ya sejak azali.. (-_-"

Just_najmiE said...

eipul..

ko mmg, rm5 bekira, ratus2 ringgit utk konsert beyonce ko tak bekira pun kan.. hoho.. saja carik pasal dgn ko.. haha.. =p

Just_najmiE said...

abg ejay..

diorg dh jarang buat show dlm uum dah, coz uum asyik mintak free ja.. ntah apa2 uum nih.. huhu..

imHepPie said...

jejaka idaman malaya??

xde nmpak pon gambo fahrin ahmad..

Just_najmiE said...

imheppie..

hahahahaha!! XD XD XD

feshnie said...

I told my housemates about the thing that happened on stage and they all laughed. Lolz.

Just_najmiE said...

feshnie..

uii, u told ur housemates??? WHY????

~*FeSHniE*~ said...

for the lulz lol.
It's a funny story so I'm obligated to tell them. kufufufu

Just_najmiE said...

feshnie..

cehhhh.. huhuhu.. nevermind, it's in the past.. hoho..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin