Mood : panas!
assalamualaikum, apa khabar wahai blog readers ku?.. menikmati hari cuti anda?.. bagus2.. hari nih aku dan keluarga telah dijemput ke 2 kenduri kawen bertempat di Jitra dan Alor Setar.. jadi hari ni aku dah melampaui diet aku yang tidak ingin memakan nasi untuk kuruskan badan.. hoho.. apapun, alhamdulillah aku dah kurang 4kg sekarang..
okay, habis bebelan di situ, jom tengok 8 jenis lelaki yang tidak disukai oleh aku ya.. dan fyi, jenis2 lelaki yang aku tak suka nih, juga tak disukai oleh wanita secara am nya.. jadi untuk mereka yang bergelar lelaki di luar sana, dengar lah luahan aku, seorang wanita, dan berubah la kalau nak disukai oleh wanita yek.. hoho.. =D
8 jenis lelaki yang aku tak suka
pemandu tak berhemah
walaweih, bila di atas jalan, belagak macam bawak BMW atau Mercz, tapi hakikatnya kereta Wira ja yang di pimped dengan turbo.. biasalah kalau lelaki nak make-up2 kereta nih kan, dengan sport rim lah, dengan spoiler lah, sticker ngan air brush lah.. haishhh.. tapi kira okay la, perempuan make-up muka, lelaki make-up kereta.. kalau make-up muka, kang jadik nyah pulak.. hahaha.. tapi kan, jangan la bawa kereta sampai mencecah 150km/j kat highway sampai mengundang ketidak selesaan pengguna yang lain.. dan yang paling tak boleh blah, bila nak corner, haremmm tak bagi signal belok pun, biarkan pemandu menunggu kau yang macam siput nak belok.. memang sangat tak berhemah.. haihhh..
double parking
untuk pengguna kereta di kawasan-kawasan berpenduduk yang tinggi macam KL tu, mesti sangat paham dengan situasi nih.. dari pemerhatian aku, kebanyakan yang mengamalkan double parking adalah lelaki.. ada jugak perempuan, tapi lelaki adalah majoriti.. bagi aku lah kan, nak double parking tu okay, tak kisah sangat, asalkan driver ada kat dalam kereta.. bila kereta dalam parking space nak keluar, boleh ja ubah kereta tu, tapi nih tak.. tinggalkan kereta di belakang kereta lain untuk berjam jam lamanya, dan bila kereta sendiri kena toreh, marah tak ingat dunia.. perghh.. aku memang tak suka lelaki yang double parking..
mat rempit
sangat common di Malaysia, rempit merata-rata.. tapi korang tau tak ramai orang tak suka korang?.. walaweih, macam aku nih kan, pemandu kereta, paling MELUAT tengok mat rempit nih.. bawak moto macam s**l, belok kanan kiri tak tengok orang lain, tak endahkan keselamatan sendiri dan orang lain, buat jalan macam mak bapak dia punya.. kalau kau mati, tau tak menyusahkan orang lain, lagi2 orang yang langgar kau?.. haishhh.. kalau lelaki tu tak rempit pun, dia tak pakai tali keledar kat helmet.. pandai pandai dah sebab pakai helmet, tapi bodoh sebab tak pakai tali keledar kat helmet tuh.. kalau kau exsiden, kepala kau tu keras mana sangat dowh?.. haishhh..
merokok
yang nih aku memang tak suka dari kecik, kau cakap pi la apa pun, aku memang tak suka lelaki yang merokok.. memang la, tu hidup kau, suka hati kau la nak buat apa pun kan?.. kau yang tak kisah nak mati awal, kau yang tak kisah nak mati pucuk, kau yang tak kisah nak dapat barah atau kanser, tapi jangan la isap rokok depan aku dowh!.. aku tak nak mati awal, aku nak kawen, aku nak ada anak, aku nak hidup lama, jadi tolong lah jangan rokok depan aku.. pegi rokok jauh2, pegi bunuh diri jauh2 dari aku boleh?.. aku BENCI lelaki merokok! dah sepanjang aku hidup nih, aku memang tak pernah terima lelaki yang merokok sebagai pakwe aku.. kawan tu boleh, tapi kalau kau isap rokok, chances are, kau hanya akan kekal sebagai kawan aku.. dan tolong pegi jauh2 bila kau nak isap rokok, boleh?..
garang dan tak reti berterima kasih
okay, garang bertempat, aku tak kisah.. contoh:- abang yang marah adik dia keluar rumah pakai seksi2, lelaki yang marah awek dia yang tak pakai tudung, itu garang bertempat lah kan.. tapi nih tak, garang yang melampau2.. tanya soalan, kau jerkah dan tengking.. nasihat sikit, terus mulut kumat kamit dok sumpah seranah.. nak minta tolong sket, melenting gila.. pantang nak mampus dari tolong orang lain kan, kononnya kau sibuk, banyak kerja, tapi bila sendiri ada masalah, gedik2 datang kat aku buat muka kesian.. bila aku tolong, kau tak ucap terima kasih pun.. hey, bukan nak ungkit apa aku buat untuk kau, tapi berterima kasih la sikit, dan kalau aku ada masalah, tolong la sket.. bukan aku nak suruh kau bagi aku 1 juta pun, tolong jumper kereta aku yang tak boleh start ja.. kau kan jantan, tolong la sket!
panas baran
aku rasa tak ada seorang manusia di atas muka bumi nih suka lelaki yang panas baran pun kan? betul?.. apa, kau suka?.. okay, kau sewel sket, harap maklum.. lelaki yang panas baran lebih cenderung untuk mengangkat tangan dan kaki bila marah, termasuk juga baling2 barang.. garang tu satu, pukul orang tu satu.. aku paling benci bila baca kes lelaki pukul isteri, orang tua dan kanak2, memang mulut sumpah seranah la aku time tu kan.. lelaki, tugas anda adalah untuk melindungi mereka yang memerlukan, yang lemah dari anda, umumnya wanita, orang tua dan kanak2.. jadi buat la tugas anda, nih apahal pulak main pukul2 orang bila marah nih?.. lelaki, tolong jangan panas baran bila baca nih okay?.. =D
emo kalahkan perempuan
wahahaha, yang nih paling tak boleh blah!.. aku ada pengalaman dengan lelaki yang emo terlebih nih masa zaman kolej dulu, nasib baik tak couple dengan kau!.. hahaha.. =D aku bagi perhatian lebih sket kat laptop, kat adik angkat, kat kawan2, dia nak emo terlebih.. bila aku tak angkat telefon time dia call or lambat reply sms dia, merajuk tak tentu pasal.. bila gaduh, terus cakap kasar guna panggilan aku kau, dan panggil aku nama kurang ajar macam s**l dan b**i.. bila aku independent dan tak bergantung pada dia, dia tak puas hati.. wahahahaha, emo terlebih kan?.. dan aku tak suka lelaki yang emo lebih2 macam nih.. jadi semua lelaki di luar sana, jangan emo terlebih ya, tu kerja perempuan.. hahaha.. =DD
berfikiran lucah
kau paham2 la sendiri maksud nih, boleh?.. kalau kau dah kawen, tahniah, dah halal.. yang belum kawen, PUASA weih!.. pastu kumpul duit untuk kawen, halalkan apa yang haram.. senang..
sekian, itu 8 jenis lelaki yang aku tak suka.. berapa ramai yang sokong aku weih?.. dan kaum lelaki, apa jenis wanita yang korang tak suka pulak?.. kalau kau dah buat, sila inform aku, aku nak baca.. dan kaum wanita, kalau ada apa2 kau nak tambah, sila sila!
sekian, terima kasih! (^^,)
17 comments:
sume tak suke jugak...
setuju!!! ;)
klu cam ni dh xde la peluang la ni..kihkihkih..
wah.
zami ada sikit ciri lelaki yang pertama!
iaitu zami suka bawa kereta laju laju!
tapi takde la sampai kurang ajar sangat.
wakakaka.
cuma kadang kadang geram dengan pemandu yang tak berhemah.
so kena buat jahat kat pemandu pemandu tu.
wakakaka~
yay, ada penyokong! =D
yes, penyokong lagi sorang!.. haha..
sila nyatakan anda jenis lelaki macam mana yek.. hehehe.. =P
ish2, sila lah jangan berbuat begitu ya.. bahaya oo.. kang melayang nyawa kang, tak sempat merasa kehidupan dan kenikmatan berumahtangga kang.. hoho..
ada beza garang ngn panas baran?hmmm......sila klasifikasikn mksud mat rempit....adakah definisi umum awam or definisi lain?huhuhu....
...owhhh, garang takper, tapi panas baran mmg tak suka...scary ok..=)
garang tu garang lah wak, suka tengking2 bila tnya atau jawab soalan.. panas baran tu asyik marah2 dan pukul org.. lebih kurang mcmtu la.. rempit tu lelaki yg membawa mota pd kelajuan yg melampau dan merbahayakan diri dan org lain.. tak2, awk bukan mat rempit, sy tahu.. hehehe..
haha, kalau suka org panas baran, mmg kurang betul la otak orang tu.. haha.. =D yup, baran mmg scary..
owh, i'm a bit of each thing..hehe
tapi hampir semua2 sifat tu selalu ada pada seorang lelaki...macam mana tu?
really?.. bummer.. =)
kena lah berubah.. ada ja perempuan yg suka lelaki mcm nih, tp sy tak suka.. so terpulanglah.. (^^,)
Aku tader sifat2 di atas, asal tader pompuan pun suke kat aku? Huhuhu
My tips berkenaan diet dan kesihatan
http://sususejat.blogspot.com
Post a Comment