Mood : sedih
assalamualaikum semua, selamat malam, tapi jangan kau tido pulak lepas aku ucap selamat malam nih.. belum masanya untuk kau tido, malam masih muda.. dengar bebelan aku dulu, boleh?.. aku nak luahkan perasaan nih.. hurm..
aku rasa majority korang dah baca tentang contest yang aku masuk kat entri di bawah nih.. ramai yang tau betapa aku nak sangat menang, aku nak sangat bawak mak aku pegi melancong, pegi New York.. aku nak sangat sangat sangat sangat..
kalau kau Facebook friend aku, mesti dah bosan tahap gaban tengok status aku, yang asyik mintak orang vote untuk aku dalam contest tu.. sampai boleh dikatakan merayu lah, mintak pertolongan rakan-rakan dan sahabat aku tolong vote untuk aku.. kalau kau kawan aku dan ada depan aku sekarang, aku rasa aku sanggup melutut mintak kau tolong vote untuk aku.. tolong lah, tolong lah!.. nampak tak tahap desperate aku macam desperate housewives tu?.. aku memang desperate sekarang, sebab tarikh tutup voting adalah esok, dan aku perlukan lagi 50 votes untuk jadi top 5.. dan aku memang teringin sangat2, sampai aku tak tau camana nak cakap lagi keinginan aku untuk pergi ke New York nih.. nak sangat sangat.. (T^T)
ada kawan aku kat Facebook yang dah muak, dan cakap dia annoying baca status aku.. okay fine, aku akui, tiap2 30 minit aku tukar status, mintak orang pegi website nih dan vote untuk aku.. tapi kau tahu, dari 800++ kawan aku kat FB, lebih kurang 6 7 orang ja yang rajin tangan pegi website tu dan vote.. 7 orang.. heh, 'baik' kan kawan2 aku?.. ='(
agaknya betul la pepatah melayu cakap, bila kita senang, kawan2 akan senang sama2 dengan kita.. tapi bila kita susah dan perlukan pertolongan, kawan2 kita hilang pegi jauh2.. dan bila kita dah senang semula, muncul kembali lah kawan2 kita yang hilang dulu.. aku berharap sangat kawan2 aku tak macam nih, tapi, aku agak hampa.. aku sedih..
aku rasa pertolongan yang aku mintak tak banyak, dan tak memerlukan diorang untuk keluarkan duit pun.. cuma luangkan sedikit masa untuk pegi website nih dan vote macam nih ja.. tapi?.. hurm.. aku sangat sedih dengan sikap kawan-kawan aku..
tapi aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kawan2 yang setia dan sudi membantu aku di saat aku perlukan korang.. dan rajin register sampai 4 email berbeza semata-mata untuk vote kat article aku.. tak dilupakan kepada family aku yang bagi support 110%.. you guys are the best, dan aku takkan lupakan jasa korang.. aku sayang korang ketat ketat tak lepas!.. muahhhh!!~~ insyaallah, kalau aku dapat dapat pegi New York, aku bawak balik something untuk korang ya..
okay, aku masih sedih mengenangkan kawan2 aku yang tak menolong aku.. kawan2 dari zaman skolah, dari zaman kolej, dari zaman universiti nih, dan juga kawan2 yang aku kenal dalam dunia blogging dan alam maya nih.. sikit sangat yang sanggup korban 5 minit untuk aku, sikit sangat yang sanggup bersusah payah create account kat website nih.. sikit sangat..
okay lah, aku nak pegi nangis sekarang.. ='(
kawan kawan aku sangat 'best', kan?.. kau kawan aku yang mana, yang betul2 best meletop kebaboom untuk tolong vote untuk aku atau kawan aku yang 'best'?
2 comments:
hehe kawan menangis susah dicari
sedih.. please vote for me ya.. (^^,)
Post a Comment