Mood : woh!
assalamualaikum semua, selamat siang.. hoho.. pagi yang cerah dan ceria bukan?.. well, kalau kat tempat kau hujan, mesti la tak cerah kan.. aku rasa sihat dan bahagia sikit hari nih.. semalam aku sedih, nangis2 atas katil peluk teddy bear sambil isap jari, tapi hari nih aku ceria dan bersyukur.. kenapa?.. sebab setelah aku luahkan hati dan perasaan dalam entri nih, semakin ramai yang rajin untuk tolong vote aku.. dari 12 vote ke 23 vote.. thank you so so much.. nampaknya aku masih disayangi oleh rakan2 di Facebook.. terima kasih daun keladi, tolong lah vote lagi.. sebab aku perlukan lagi banyak vote untuk selamat berada di top 5, sekurang-kurangnya sampai votes untuk aku lebih dari 110 votes.. kau tolong aku, boleh?..
okay lah, aku nak citer pasal topik aku tu.. bila kita bercakap tentang kecantikan, ramai ingat hanya model atau pelakon kat tv yang kurus lampai dan tinggi 170cm ke atas ja yang boleh ditafsirkan sebagai cantik.. yang hingus sememeh selekeh macam kawan kau kat kelas dan ofis tu tak cantik pun.. tetapi benar kah ia begitu?.. pergh, skema ayat..
jawapan aku, TIDAK sama sekali.. semua ciptaan Tuhan adalah cantik, tak kira agama, warna kulit atau bangsa.. semua cantik dengan cara yang tersendiri.. ada yang cantik di luar, ada yang cantik di dalam.. tapi pokok, buah dan dahannya di sini, semua adalah cantik, terutamanya wanita.. tetapi, tak semua wanita dilahirkan dengan kecantikan luaran.. bagaimana untuk menjadi cantik jika dilahirkan dengan gigi jonggang, badan gemuk, rambut keras macam dawai?..
senang saja.. daftarkan diri dengan EXTREME MAKEOVER crew, dan mereka mampu mengubah anda dari ugly duckling ke beautiful swan!.. semuanya mampu diperbaiki, baik kegemukan, hidung senget atau bontot kurang mantap.. cuba lihat mereka di bawah ini..
klik untuk tumbesaran
mereka asalnya tak menarik langsung, dengan muka pucat, buahdada kecik dan gigi jongang semua.. tapi setelah mendapat sentuhan, rabaan, dan pertukaran from Extreme Makeover crew, terus cantik macam model dan pelakon.. lepas tu bila dah cantik, mula la nak pakai baju seksi seksi bikin lelaki terliur dengan belahan melampau.. okay kaum lelaki, tengok untuk 10 saat ja, jangan lama2.. haha..
bagaimana mereka cantik?.. oh wahai rakan-rakan ku sekalian.. kita sekarang hidup dalam dunia yang serba moden.. walaupun cara tradisional tetap diamalkan, namun terdapat pelbagai perbaharuan yang dijalankan oleh ahli sains dan pengkaji.. kalau kau gemuk tapi malas nak exercise dan diet, sila lah buat liposuction untuk sedut lemak2 kau yang degil tu.. kalau hidung kau senget, pegi buat plastic surgery untuk center balik hidung kau.. kalau rambut kau keras macam dawai, pegi la salon rambut untuk buat treatment.. macam tu lah.. paham?
bila kita bercakap tentang hukum Islam dan sebagainya, mestilah pembedahan plastik jatuh kepada haram.. tapi ada kelonggaran untuk hukum nih.. kalau kau malu dengan hidung kau yang senget sebab kena belasah dengan awek sebelah rumah sebab tumpang sidai baju kat ampaian dia, pegi la buat plastic surgery, sebab tu bukan hidung asal kau.. tapi nih pendapat aku ja la, tak pasti kalau betul atau tak.. ada sesiapa boleh tolong terangkan hukum buat plastic surgery?.. thank you..
tapi apa pun, bersyukurlah dengan ciptaan Tuhan, anda sudah cantik dan sempurna dan sihat segala anggota badan.. ada lagi manusia yang tidak pernah melihat dunia, yang tidak pernah mendengar, yang tidak pernah merasa sentuhan.. jadi kita yang sempurna nih, haruslah bersyukur.. tetapi tidak salah untuk menjadi yang lebih baik, bukan?.. (^^,)
p/s :- sila lah singgah di sini untuk membuat akaun, kemudian ke sini untuk vote entri aku.. tarikh tutup malam nih.. tolong luangkan 5 minit untuk create account dan vote untuk aku ya.. kerjasama anda amat diperlukan dan dihargai.. terima kasih rakan-rakan ku!
.
.
.
.
.
bintang bersinar~~
2 comments:
haram kot kalau ubah ciptaan Tuhan.
melainkan kalau untuk keselamatan & faktor kesihatan.
;)
Seharusnya kita sentiasa bersyukur dan puas hati dgn setiap kurniaan Allah kan... tak cantik pada pandangan seseorang tu, tak semestinya tak cantik juga pd pandangan org lain.. asal kejadian, semuanya indah2 belaka.. tinggal kita jek menilai tahap kecantikan tu bagaimana...
Salam perkenalan drpd team Qaira Blogwalkers...
Post a Comment