Sunday, May 2, 2010

Ben Ashaari cakap nak masuk meminang aku.. yabedabedoo!!


Mood : kenyang


assalamualaikum semua, selamat siang.. hoho.. okay, tajuk aku menipu ja.. keh keh keh.. aku pegi blogwalking tadi, dan aku terjatuh tersembam bila tiba kat satu blog nih.. dia promote pasal Ben Ashaari kat blog dia, mintak nak di masuk kan dalam blog list baru abg Ben yang akan dibuka nih.. macam menarik, lalu link yang diberikan di klik..

okay, seikhlas ikhlasnya, nih baru 2nd time aku masuk blog abg ben.. tapi sepanjang aku blogwalking nih, nama dia asyik muncul merata-rata ja, bersepah sepah.. semua puji cakap traffic dia tinggi, orang peramah dan baik, dan apa kejadah la kan.. aku kurang minat mula-mula, tapi bila dah masuk blog dia.. eheh, paham2 lah yek.. =P

untuk dimasukkan dalam blog list dia, aku kena jawab 3 soalan.. tapi tak boleh tiru orang, nanti kena repeat dan buat 100 kali lompat bintang.. bahahaha.. okay, tipu, dia tak cakap macam tu pun..


1 ) HEADER BLOG BEN ASHAARI

merah gitu dowh.. adakah ini menyatakan bahawa abg ben seorang yang garang?.. oh noes!! =P

2 ) Berapa lama dah berblog

saya blogging baru setahun jagung, hingusan masih keluar, sebab tu perlukan seorang mentor yang meletop kebaboom.. hoho.. blogging bermula pada 3 December 2008 ketika zaman praktikal diploma..

3 ) Sehari berapa entri ?

kalau zaman purba dulu, blogging setiap minggu 3 kali.. kalau busy, seminggu sekali ja.. tapi sekarang mood blogging mengganas, tiap2 hari nak blogging sampai 3 4 kali.. wah2, melampau.. hahaha.. blogging dilakukan dalam 2 bahasa, Melayu dan Inggeris, bergantung pada mood dan persekitaran dan bahan blogging..

ngahahaha.. abg Ben, terima saya masuk dalam blog list baru abg tau, terima tau!.. nanti kita boleh guleng guleng sama2.. hahaha.. okay, aku merapu.. ngahahaha! =D


p/s :- sila lah singgah di sini untuk membuat akaun, kemudian ke sini untuk vote entri aku.. tarikh tutup malam nih.. tolong luangkan 5 minit untuk create account dan vote untuk aku ya.. kerjasama anda amat diperlukan dan dihargai.. terima kasih rakan-rakan ku!

1 comment:

hizamili said...

hehe.
sabar menanti ye.
;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin