Saturday, April 17, 2010

Kenapa gadis cantik pilih untuk bertudung..


Situasi 1:-

Ain : "wah Syira, dah bertudung sekarang, nampak cun melecun gila!.. pesal kau tiba-tiba pakai tudung weih?.. mimpi apa?"

Syira : "aku dah dapat hidayah Ain, aku takut dengan Allah.. aku taknak masuk neraka lama2.. cukup la dengan dosa-dosa lalu yang aku buat.. aku insaf sekarang.."

Ain : "bagus la kalau macam tu, alhamdulillah.."


Situasi 2:-

Mira : "pewitt, awek cun bertudung!.. apa kes babe nak bertudung-bertudung nih?.. dulu kau tak macam nih pun, pakai seksi2.. nih pakai tudung ngan baju kurung pulak.. apa kes?.."

Diana : "hehehe.. aku dah tinggalkan semua tu.. aku dah nak kawen la, aku nak jadi isteri yang terbaik untuk suami aku.. perangai buruk aku dulu aku dah tinggalkan.. sampai bila nak leka dengan dunia?.."

Mira :" wah, bagusnya kau.. tahniah tahniah!.."


Situasi 3:-

Syida : "woh, Tish!.. kau pakai tudung!! tak pecaya aku!.. apesal weih?!"

Tish : "ish, diam lah kau!.. aku bukan nak sangat pakai tudung, tapi terpaksa.."

Syida : "loh, apesal plak?"

Tish: "amoi kat saloon rambut tu ingat aku jantan pastu pegi botakkan kepala aku!.. jadi sekarang kena pakai tudung lah sampai rambut tumbuh balik.."

Syida : "wahahahahahahahah!!~~ XDDDD"


Situasi 4:-

Dana : "OMG, kawanku dah berubah alim!!.. haha.. apesal weih?"

Linda : "bising ah kau.. mak aku paksa.. dia tak suka kaler rambut aku.."

Dana : "kau kaler rambut kau?.. warna apa?.."

Linda : "kaler hijau.. mak aku kata buat malu kat jiran ja.. paksa aku pakai tudung.. hmphh!.."

Linda : "hahahaha.. aku simpati weih!"


dalam dunia ni, manusia diberi banyak pilihan..
tapi sebelum tu, kita diberi pendidikan oleh ibu bapa, keluarga, guru-guru..
untuk menilai yang baik dan yang buruk..
dan sekarang kita dah tahu untuk menilai..
jadi kita akan diberi pilihan, sama ada nak pilih yang baik atau yang buruk..
tak kisah la sekiranya kita telah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi yang penting, kita sedar kesalahan dan bertaubat serta ingin berubah..
ya, ia bukan mudah untuk berubah, untuk meninggalkan tabiat lama, tapi sampai bila kita hendak hanyut dengan dunia yang akan kiamat nih?..


fikir-fikirkan lah..
untuk renungan bersama..


p/s :- cerita dan nama adalah rekaan semata-mata..
dan gambar semua adalah ikhsan encik google..
langsung tak berkaitan dengan citer ya..
=)

2 comments:

Judiene said...

pic yg first tu lawa gak orgnye
kenalan ko ke?
hehehe
btw, i like both, bertudung or free hair
for y bertudung, tahniah, anda dah dpt hidayat
for yg free hair, they just about to receive it
and it's all about choices they make
=)

Just_najmiE said...

judiene..

nope, i dunno her.. like i said at the end of the post, all pictures are from mr google.. (^^,)

in the end, everything is about choices..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin